Saturday, April 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

983 Artikel 0 Komen

Hari Terbuka Masjid JAKIM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melancarkan aplikasi Etikaf, turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga kiri), Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (dua kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) pada Majlis Perasmian Program Hari Terbuka Masjid Utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Dataran Putra, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2017

TPM Rasmi The 3rd Counter-Terrorism Financing Summit 2017

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengangkat tangan bersama Menteri Perundangan dan Menteri Penasihat Perdana Menteri Australia, Michael Keenan (kiri) dan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, General Wiranto (kanan) pada Majlis Perasmian The 3rd Counter-Terrorism Financing Summit 2017 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2017

Daily Life Kuala Lumpur

Seorang lelaki menggunakan payung ketika hujan lebat semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 NOVEMBER 2017

Cermin Lucu – Pusat Sains Negara

Seorang kanak-kanak bermain Cermin Lucu yang menawarkan kemasukan secara percuma sepanjang tahun ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Sains Negara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2017

KL Daily Life – Dinding Interaktif LED

Dua orang pengunjung mencuba Dinding Interaktif LED yang menawarkan kemasukan secara percuma sepanjang tahun ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Sains Negara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2017

Dialog TN50X : Pemimpin Generasi Baharu FELDA

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (tengah) diiringi Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad bergambar kenangan bersama warga FELDA semasa program Dialog TN50X : Pemimpin Generasi Baharu FELDA di Menara FELDA, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 NOVEMBER 2017

Rahman Dahlan Lawat Expo Negaraku 2017

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (tengah) ketika membuat lawatan ke Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 NOVEMBER 2017

Gimik Jamal Yunos Rumah Selangorku

Pengerusi NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos (tengah) kelihatan baring di dalam khemah pada sidang media mengenai Rumah Selangorku di hadapan Eco Majestic, Semenyih. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2017

Pelancaran Kolaborasi Korporat TN50

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (tengah) diiringi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz (tiga kiri) dan Duta-duta TN50 Prasarana bergambar bersama tren TN50 semasa Pelancaran Kolaborasi Korporat di antara Prasarana Malaysia Berhad dan Transformasi Nasional 50 (TN50) di Stesen LRT Bangsar, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2017

Daily Life Kuala Lumpur

Seorang pengunjung berhampiran dekorasi menarik yang memaparkan burung-burung dan keindahan hijau di salah sebuah pusat membeli belah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 08 NOVEMBER 2017