Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
PENYOKONG TAN SRI ANNUAR MUSA SAMBUT DI KLIA
Pengerusi MARA yang digantung, Tan Sri Annuar Musa melambai tangan kearah para penyokongnya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 02 FEBRUARI 2017
DAILY LIFE – KUALA LUMPUR
Seorang wanita kelihatan menjunjung barang ketika berjalan kaki semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Damansara Damai, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 30 JANUARI 2017
RUMAH TERBUKA MCA SEMPENA TAHUN BARU CINA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sambil diiringi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tion Lai (lima kanan) melakukan 'Yee Sang' sambil diiringi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tion Lai (empat kiri), Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong (empat kanan) dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam (dua kanan) pada Majlis Rumah Terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 JANUARI 2017
Ulangtahun Sitizone ‘Moh Balik Lepih!’
Penyanyi, Siti Nurhaliza menunjukkan kebolehannya ketika menyertai sukaneka pada program 'Moh Balik Lepih!' sempena ulangtahun Sitizone ke 13 di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang foto FAREEZ FADZIL, 21 JANUARI 2017
KEPALA SINGA DAN TARIAN SINGA PERMINTAAN LUAR BIASA
Sesi latihan kumpulan tarian singa sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tokong Kuah Nah, Setapak. foto FAREEZ FADZIL, 18 JANUARI 2017
HARI PERTAMA BAYAR TAMBANG NAIK MRT
Warga emas, Aziz Mohd Yassin (64) menunjukkan resit selepas membeli koin diskaun untuk warga emas pada kadar RM1.90 menuju ke Stesen Bandar Utama pada hari pertama pembayaran tiket semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Stesen MRT Sungai Buloh, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 17 JANUARI 2017
Perasmian Mega GT Dollar & Robot GT
Model-model menunjukkan koleksi Robot GT pada Majlis Perasmian Mega GT Dollar di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. foto FAREEZ FADZIL, 16 JANUARI 2017
Pembukaan China High-Speed Railway Experience Cube
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar (dua kanan) mencuba realiti maya gerabak China High-Speed Railway Experience Cube turut mengiringi Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang (dua kiri) dan Pengerusi China Railway International Corporation, Yang Zhong Min (kiri) pada Majlis Pembukaan China High-Speed Railway Experience Cube di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JANUARI 2017
Najib Razak Rasmi Wisma Yayasan PEKEMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua kanan) dan Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman (kiri) bergambar kenangan bersama replika Wisma Yayasan PEKEMA di Sentral Star, Cyberjaya. foto FAREEZ FADZIL, 14 JANUARI 2017
Najib Razak Rasmi Wisma Yayasan PEKEMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) melihat kereta Mercedes Benz jenis GLE 450 sambil diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga kiri) dan Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman (kiri) semasa melawat ruang pameran Wisma Yayasan PEKEMA di Sentral Star, Cyberjaya. foto FAREEZ FADZIL, 14 JANUARI 2017