Hari Anggara
Dugaan Raya Aidilfitri #TragediKebakaran
Sebahagian mangsa tragedi kebakaran paip gas mencari barangan keperluan diri yang diderma orang ramai ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette pada hari raya Aidilfitri di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights. Selangor. Foto HARI ANGGARA, 01 APRIL 2025
Bunga Jadi Buruan Ketika Hari Raya Pertama
Penjual bunga, Liyana Sawir 34 menggubah bunga untuk dijual kepada pelanggannya yang ingin menziarahi kubur pusara ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 31 MAC 2025.
Ziarah Kubur Di Pagi Raya #1Syawal
Umat Islam menziarahi pusara ahli keluarga di Tanah Perkuburan selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 31 MAC 2025.
Agong dan Rakyat Malaysia Solat Sunat Aidilfitri
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersalaman para jemaah selepas selesai menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 31 MAC 2025.
Suasana Malam Raya Jalan TAR Sesak #Aidilfitri
Peniaga menjual pakaian dengan harga lelong kepada pengunjung bazar biarpun pada malam raya membuat persiapan akhir menjelang 1 Syawal ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 30 MAC 2025.
Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Operasi SAR Ke Myanmar
Seramai 50 orang pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang bertolak ke Yangon, Myanmar bagi menyertai misi bantuan kemanusiaan dan operasi SAR susulan gempa bumi yang menggegarkan negara itu di Pangkalan Udara Subang, Tentera Udara Diraja Malaysia, Shah Alam. Foto HARI ANGGARA, 30 MAC 2025.
Aliran Trafik Sesak Menghala Ke Pantai Timur #BalikRaya
Aliran trafik sesak dari Tol Gombak menghala ke Pantai Timur berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Foto HARI ANGGARA, 28 MAC 2025.
Himpunan Hari Al-Quds
Peserta membawa keranda dan sepanduk sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin ketika berarak menuju ke kedutaan AS sempena Hari Al-Quds Antarabangsa di Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 28 MAC 2024.
Pelepasan Banduan Secara Lesen Sempena Aidilfitri
Seorang prospek memeluk erat ibunya selepas mendapatkan lesen pelepasan pada majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Penjara Kajang, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 24 MAC 2025.
Pelajar Naik Bas Balik Kampung #Aidilfitri
Gelagat pelajar melambai dari tingkap bas pada sesi pelepasan Majlis Rahmah Madani Ramadan MAIWP Jom Balik Raya bersama Mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 21 MAC 2025.