Hari Anggara
Najib Razak di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ceria ketika tiba di mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 07 JULAI 2025.
Penerbangan Ke Timur Tengah
Paparan skrin menunjukkan jadual perlepasan penerbangan ke Timur Tengah disambung semula susulan Qatar, UAE, Bahrain dilaporkan membuka kembali ruang udaranya selepas pergolakan yang berlaku ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di KLIA, Sepang. Foto HARI ANGGARA, 25 JUN 2025.
Anthony Loke Dedah Statistik Saman Tertinggi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menunjukkan senarai syarikat yang mencatatkan jumlah saman tertinggi di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 25 JUN 2025.
Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040
Petugas, Nur Farisya Syazana (tengah) dan Carmen Tee (kiri) dan G.P. Sivam (kanan) membaca buku Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) selepas pelancarannya di Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 24 JUN 2025.
R. Ramanan Menyampaikan Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2024
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan, Datuk Seri R. Ramanan (tengah) bergambar dengan penerima insentif pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dan ibu bapa dari kawasan Sungai Buloh yang memperoleh keputusan 7A hingga 11A di Kota Damansara, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 21 JUN 2025.
Banjir Kilat Taman Bukit Kemuning
Penduduk meredah banjir selepas hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan kawasan di Taman Bukit Kemuning dan sekitarnya dinaiki air ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Shah Alam, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 20 JUN 2025.
KPDN Rampas Ribuan Barangan Tiruan Jenama Mewah
Pengarah KPDN KL, Mohd Sabri Seman (tengah) melihat 14,300 barangan rampasan seperti selipar dan kasut tiruan berjenama mewah di Stor Penyimpanan KPDNKL di Segambut. Foto HARI ANGGARA, 18 JUN 2025.
Naim Daniel Tenang di Mahkamah
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel tenang melambai ketika berjalan keluar selepas tidak mengaku bersalah pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di Mahkamah Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 17 JUN 2025.
Yusoff Rawther Dibebas dan Dilepaskan Pertuduhan Edar Dadah, Miliki Pistol Tiruan
Bekas pembantu penyelidik kepada Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther (tengah) berjalan keluar selepas dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 12 JUN 2025.
Reaksi Najib Razak di Mahkamah KL
Reaksi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap ceria selepas gagal mengugurkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 11 JUN 2025.

















