Roslan (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian menemukan 701 unit telefon bimbit 'refurbished' pelbagai model iPhone 11 hingga 16 Pro Max yang dirampas.

MELAKA – Taktik licik sindiket penyeludupan menyembunyian 701 unit telefon bimbit terpakai ‘refurbished’ (dibaik pulih) pelbagai model iPhone dalam kotak kosong muatan sayur-sayuran gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila ditahan baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi 23 Julai lalu apabila bot membawa muatan itu diserbu sepasukan anggota Kastam Marin, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sebuah jeti di Pelabuhan Klang, Selangor.

Pengarah Kastam Melaka, Roslan Yusoff berkata berdasarkan dokumen pengikraran, bot berkenaan dijadualkan kembali ke negara asal, Indonesia selepas selesai menghantar muatan sayur-sayuran tanpa membawa sebarang dagangan.

“Bot berkenaan sepatutnya hanya akan membawa pulang sebanyak 250 kotak kosong dari pelabuhan tersebut namun selepas ditahan hasil risikan menemukan 701 unit telefon bimbit ‘refurbished’ pelbagai model iPhone 11 hingga 16 Pro Max.

“Peranti itu dijumpai tersimpan dalam beberapa kotak sayur, dibalut plastik hitam yang disembunyikan di ruangan khas dalam bot dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM716,184 termasuk duti dan cukai,” katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Ayer Keroh, di sini hari ini.

Menurutnya, telefon bimbit berkenaan sepatutnya diikrar kepada JKDM dan tertakluk kepada cukai lima peratus serta permit daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana ia merupakan barangan terpakai.

Roslan berkata, susulan penemuan itu, kesemua 11 anak kapal bukan wargan berusia antara 34 hingga 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang mewakili syarikat ejen penghantaran dan bertanggungjawab menguruskan dokumen pengikraran berkaitan.

JKDM Melaka turut menumpaskan cubaan menyeludup 870,000 batang rokok tidak berkastam menggunakan sebuah lori bonded tiga tan di Kuala Lipis, Pahang, kira-kira jam 1.15 tengah hari 13 Ogos lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga 20 kali nilai barang atau RM500,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu dalam dalam kes berasingan, JKDM Melaka turut menumpaskan cubaan menyeludup 870,000 batang rokok tidak berkastam menggunakan sebuah lori bonded tiga tan di Kuala Lipis, Pahang, kira-kira jam 1.15 tengah hari 13 Ogos lalu.

“Lori berkenaan menggunakan jenama sebuah syarikat penghantaran cepat, dipercayai bagi menimbulkan gambaran seolah-olah kenderaan itu membawa barangan milik syarikat berkenaan.

“Pemeriksaan menemukan rokok tidak dilekatkan setem cukai Kastam yang disembunyikan di bahagian dalam lori dan dilindungi dengan barangan lain,” katanya.

Pemandu lori berusia lingkungan 40-an turut ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan rokok terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here