Hari Anggara
Dinding Di Tapak Pembinaan Runtuh
Pemilik kedai bunga kelihatan membersihkan kawasan kedainya susulan terkena runtuhan struktur dinding yang masih dalam pembinaan ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di Lebuh Ampang, Kuala Lumpur. Foto Hari Anggara, 01 OKTOBER 2025.
Anwar Merasmikan Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melakukan gimik Perasmian Terminal Bersepadu Gombak (TBG) di Gombak, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 29 SEPTEMBER 2025.
Zahid Hubungi Peserta Malaysia Global Sumud Flotilla
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama selepas menghubungi 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla di MAPIM Central Warehouse, Sepang. Foto HARI ANGGARA, 25 SEPTEMBER 2025.
Jo Ghani Hadir Hari Tanah Negara 2025
Menteri Perladangan dan Komoditi memangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (dua kiri) melawat pameran mengenai akta-akta tanah negara selepas merasmikan Hari Tanah Negara 2025 di Putrajaya. Foto Hari Anggara, 22 SEPTEMBER 2025.
Ketua Polis KL Turun Operasi Patuh Undang-Undang
Ketua Polis Kuala Kumpur, Datuk Fadil Marsus membuat teguran dan mengeluarkan notis kepada pesalah lalu lintas yang melanggar peraturan jalan raya ketika kempen advokasi Operasi Patuh Undang-Undang (OP PUU) di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto Hari Anggara, 12 SEPTEMBER 2025.
Portal Generasi Tanpa Buli
Petugas, Sofea Anuar (kiri) dan Seri Suwarni (kanan) menunjukkan portal 'Generasi Tanpa Buli' selepas pelancarannya pada Sesi Towhall Antibuli anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Putrajaya. Foto Hari Anggara, 11 SEPTEMBER 2025.
Perarakan Maulidur Rasul Kariah Masjid Kampung Nakhoda
Lebih 1000 peserta melibatkan 15 kontinjen mewakili NGO, Surau, Sekolah dan wakil penduduk tidak melepaskan peluang menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Kariah Masjid Kampung Nakhoda ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Nakhoda, Batu Caves. Foto HARI ANGGARA, 06 SEPTEMBER 2025.
Majlis Pelupusan Barang Kes IPD Brickfields
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmod (tengah) melakukan gimik Pelupusan Barang Kes melibatkan pelbagai barangan rampasan di IPD Brickfields, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 25 JULAI 2025.
Penduduk Kg Sg Baru Berarak dan Serah Memorandum
Penduduk Kampung Sungai Baru berkumpul dan berarak ke pejabat SUHAKAM bagi menyerahkan satu memorandum dan membantah tindakan pengambilan paksa tanah mereka oleh kerajaan di kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 11 JULAI 2025.
KPDN Pantau dan Periksa Harga Barang
Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil (tengah) memberi penerangan kepada wakil pemborong barangan runcit pada Ops Kesan 4.0 di Balaji Enterprise Sdn Bhd, Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan. Foto HARI ANGGARA, 09 JULAI 2025.

















