Monday, November 25, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Norlaile Abd Rahman

Norlaile Abd Rahman

2672 Artikel 0 Komen

MBSB hantar permohonan ke Bank Negara untuk bergabung dengan AFB

Dalam kenyataan ke Bursa Malaysia, peminjam bukan bank itu berkata, ia telah menghantar satu permohonan dalam tempoh yang telah disyaratkan untuk mendapatkan kebenaran daripada Bank Negara dan/ atau Kementerian Kewangan bagi tujuan penggabungan.

Malaysia mahu kurangkan import perkhidmatan perundangan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, buat masa ini nisbah di antara import dan eksport perkhidmatan perundangan di negara ini adalah 3:1 di mana Malaysia terpaksa mengimport pakar-pakar perundangan asing untuk melakukan tugas-tugas rumit.

Isa ke SPAD selepas letak jawatan FGV

“FGV mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad daripada mempengerusikan FGV serta anak-anak syarikat, syarikat-syarikat sekutu dan syarikat usahasama bagi memberi fokus kepada urusan peribadinya,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

GST untuk 60 barangan dibatalkan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia membatalkan keputusan untuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada 60 barangan makanan seperti jagung, sayuran sejuk beku, ikan belut, ikan todak serta buah-buahan import (avocado, apricot, anggur, ceri, peach dan plum), figs, marjerin dan lain-lain.

Jualan kenderaan naik hampir 8,000 unit sebulan

MAA dalam laporan bulanannya berkata, jumlah jualan pada Mei 2017 adalah 50,600 unit, meningkat 7,854 unit berbanding April 2017.

CIMB bagi cuti ihsan sebulan untuk bapa

CIMB Bank Bhd. mengumumkan cuti ihsan bergaji (paid paternity leave) pada bapa dinaikkan daripada tiga hari kepada sebulan kepada bapa yang menerima cahayamata pertama berkuatkuasa hari ini.

Kad markah ASEAN: Sukar tetapi masih boleh diusahakan

Usaha-usaha supaya negara anggota Asean memiliki kad markah bagi mengenal pasti pencapaian semasa dalam mengurangkan paras halangan tanpa tarif (NTB) dan pendekatan tanpa tarif (NTM) sedang dijalankan.

Mereka tak tahu erti urus tadbir yang baik, kata Shahrir

"Kita pemegang saham. Siapa yang sepatutnya jumpa siapa? Jika mengikut tadbir urus yang baik, pemegang saham seharusnya diberi perhatian dan diminta untuk memberi pandangan tentang sesuatu isu," katanya.

Laporan Idris Jala mengenai FGV sudah siap, kata PM

Tugas Idris bagaimanapun masih belum selesai kerana beliau diminta memperhalusi beberapa perkara termasuk menyediakan langkah dan opsyen bagi menyelesaikan krisis FGV, kata Najib.

Khairul Kamarudin dilantik CEO Bank Islam

Sebelum ini, Khairul merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam dan berpengalaman selama lebih 21 tahun di dalam dunia korporat termasuk berkhidmat di PricewaterhouseCoopers (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.