Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menunjukkan Buku Laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) 2016 Edisi Ke 25 di Menara MITI, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 JUN 2017.

KUALA LUMPUR – Peguam-peguam tempatan perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi mengurangkan penggantungan kepada perkhidmatan pakar perundangan dari luar negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, buat masa ini nisbah di antara import dan eksport perkhidmatan perundangan di negara ini adalah 3:1 di mana Malaysia terpaksa mengimport pakar-pakar perundangan asing untuk melakukan tugas-tugas rumit.

“Ini antara bidang yang kita sedang beri perhatian yang mana kita mahu lebih banyak peguam-peguam tempatan yang mampu melakukan tugas-tugas rumit yang selama ini dilaksanakan oleh peguam luar negara.

“Para peguam tempatan perlu meningkatkan kemahiran mereka,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Laporan MITI 2016 di kementeriannya hari ini.

Selain perkhidmatan perundangan, Malaysia juga berminat untuk meluaskan penglibatan dalam bidang aeroangkasa

Menurut Mustapa, Pertunjukan Udara Paris bakal menjadi platform terbaik untuk tujuan tersebut. – MalaysiaGazette