Lensa MalaysiaGazette
Ketua Polis Negara Hadir Perkahwinan Anggota PDRM Beramai-Ramai
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan isteri, Puan Seri Norazrin Marzuki bersalaman dengan pasangan pengantin Polis DiRaja Malayasia yang diraikan ketika hadir pada Majlis Walimatul Urus PDRM di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 NOVEMBER 2019.
LENSA MG | Aksi Latihan Harimau Malaya di Stadium KL
Skuad Harimau Malaya semasa sesi latihan bagi menghadapi perlawanan menentang pasukan Indonesia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras,Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 NOVEMBER 2019.
LENSA MG | BN Menang Majoriti 15,086 Undi di Tanjung Piai
Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng mengangkat tangan bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid serta barisan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional dan PAS selepas beliau diumum menang bagi Pilihan Raya Kecil P. 165 Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2019.
Petugas SPR Tutup Pintu Pagar Pusat Mengundi #PRKTanjungPiai
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup pintu pagar pusat mengundi selepas tamat waktu mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Cheow Min, Pontian, Johor. foto SYAFIQ AMBAK, 16 NOVEMBER 2019
Suasana Awal Hari Mengundi #PRKTanjungPiai
Orang ramai mula menunggu di luar pagar seawal pagi untuk mengundi pada hari pengundian sempena ilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di SJK (C) Yu Ming, Pekan Nanas, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2019.
LENSA MG | Hari Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung...
Sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membawa keluar peti undi untuk disalurkan ke tempat-tempat mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor. foto SYAFIQ AMBAK, 16 NOVEMBER 2019
LENSA MG | Aksi Penuh Malaysia Menang 2-1 Thailand #PialaDunia2022 #PialaAsia2023
Gelagat Pemain Malaysia, Brendan Gan meraikan selepas menjaringkan gol pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 NOVEMBER 2019
Najib Razak, Arul Kanda Hadir Perbicaraan 1MDB di Mahkamah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 NOVEMBER 2019.
Dr Mohd Hatta Lancar Program Vendor Innovation Partnership
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Idham Nawawi (dua kiri) pada Majlis Pelancaran Program Vendor Innovation Partnership di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 NOVEMBER 2019

















