Lensa MalaysiaGazette
TERKINI : ‘JASIN’ Kekal Milik BN!!! Khairuddin Terima Keputusan Dengan Hati...
TERKINI : 'JASIN' Kekal Milik BN!!! Khairuddin Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka
Barisan Kepimpinan PKR Yang Hadir di Mesyuarat Biro Politik
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 12 JUN 2019.
PDRM Berjaya Tumpas Dadah Dalam Mangkuk Besi
Sebahagian daripada 6.2 kilogram dadah disyaki ketamin yang disorokkan di dalam 154 mangkuk besi pada sidang media mengenai kejayaan rampasan dadah di IPD Cheras, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 12 JUN 2019.
Dr. Dzulkefly di Town Hall Menteri Kesihatan Malaysia
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hadir pada Sesi Town Hall Menteri Kesihatan Malaysia bersama Pengamal Perubatan Am Swasta (GPs) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 11 JUN 2019.
Anthony Loke Lawat Depoh Baru Monorel
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (tengah) mendengar penerangan oleh Pengarah Projek Scomi Transit Project (STP), Mark Richard Allen Staib (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasana, Muhammad Nizam Alias (kanan) ketika hadir pada lawatan di Depoh Baru Monorel, Brickfields, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 11 JUN 2019.
Daily Life – Geng Budak Jala #RayaAidilfitri2019
Kelihatan penduduk setempat memanfaatkan cuti hujung minggu dengan aktiviti menjala ikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Damansara, Kampung Melayu Subang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 09 JUN 2019
Daily Life – Petugas PERSADA PLUS Mengawasi Kelancaran Trafik #WargaKotaPulang
Kelihatan petugas PERSADA PLUS melayani aduan atas talian mengenai trafik kenderaan yang mula pulang ke ibu kota sempena cuti Aidilfitri di semua lebuhraya seluruh negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ibu Pejabat PERSADA PLUS, Subang, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 JUN 2017.
Daily Life – Warga Kota Pulang Berperingkat #TBS #RayaAidilfitri2019
Suasana di perkarangan lobi TBS apabila penumpang tiba dari destinasi masing-masing untuk pulang ke ibu kota sempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal berakhir semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 09 JUN 2019.
Daily Life – Belon Buih
Kelihatan seorang kanak-kanak ceria meluangkan masa beriadah dengan bermain belon buih sempena cuti umum Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 JUN 2019.
Reaksi Bekas KP SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull Selepas Sidang Media
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull melambaikan tangan selepas hadir pada sidang media mengenai perletakan jawatannya di Hotel Everly, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 08 JUN 2019.