Thursday, August 20, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Daily Life – PRU14

Beberapa budak bermain basikal melintasi bendera-bendera parti politik menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Pantai Dalam, Bangsar, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 APRIL 2018

Wilayah Persekutusan Rasmi Manifesto dan Perkenal Calon BN

Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) bersama barisan kepimpinan tertinggi BN Wilayah Persekutuan menunjukkan buku Manifesto Wilayah Persekutusan pada majlis pelancaran manifesto tersebut dan Sesi Memperkenalkan Calon Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 APRIL 2018.

BN Perak Lancar Manifesto

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Negeri Perak PRU-14 di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Ipoh, Perak. foto IQBAL BASRI, 21 APRIL 2018 .

Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Negeri Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (dua kanan) bersama barisan kepimpinan negeri Kedah bergambar bersama buku Manifesto pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Negeri Kedah PRU-14 di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Kedah. foto IQBAL BASRI, 20 APRIL 2018

Daily Life – #DSA2018

Dua pembantu ruang pameran Polish Armaments Group (PGZ) menunjukkan senjata yang dipamerkan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). foto SYAFIQ AMBAK, 19 APRIL 2018.

Datuk Lee Chong Wei Jadi Tumpuan di Pameran #DSA2018

Panglima TLDM, Ahmad Kamarulzaman memberi penerangan kepada Komander Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, Datuk Lee Chong Wei ketika hadir melawat pameran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 APRIL 2018

Daily Life – #DSA2018

Kelihatan seorang pengunjung melintasi peluru berpandu buatan Diehl Defence ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada pameran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 APRIL 2018

Zahid Hamidi Lawat Pameran DSA2018 ke 16

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mencuba senjata dari kenderaan 'NiMR RV' ketika melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 APRIL 2018

DSA 2018 Jadi Tarikan Kerabat DiRaja

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra (kanan) berkenan mendengar penerangan dari Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (dua kiri) ketika melawat pameran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 APRIL 2018

DS Najib Razak Pecah Tanah dan Naik Taraf Hospital Kajang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat replika bangunan contoh hospital sambil diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam (dua kanan) dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Roslan Md Taha (dua kiri) pada Majlis Pecah Tanah dan Naik Taraf Hospital Kajang di Hospital Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2018