Lensa MalaysiaGazette
Daily Life – Hari Penamaan Calon PRU14
Calon Barisan Nasional (BN) P.124 Bandar Tun Razak, Adnan Seman kelihatan berpelukan bersama sebahagian penyokong Barisan Nasional (BN) selepas diumumkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pusat Penamaan Calon P.124 Bandar Tun Razak, Dewan Mustika, Institut Latihan DBKL (IDB) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2018
Daily Life – ‘Wau Gergasi’ PAS
Kelihatan jentera PAS melakukan kerja-kerja pemasangan 'Wau Gergasi' dari Parti PAS ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kubang Pasu, Kedah. foto IQBAL BASRI, 27 APRIL 2018
Persiapan Terakhir Pusat Penamaan Calon PRU14
Sebahagian petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan terakhir sempena Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penamaan Calon P.085 Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 27 APRIL 2018
PM Rasmi Perodua Bezza Gxtra
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Datuk Madani Sahari (dua kiri) merasmikan Perodua Bezza Gxtra pada Majlis Pelancaran Jerayawara Mobiliti Terhubung di MAEPS, Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 APRIL 2018.
Penduduk Rumawip Residensi Pandanmas 2 Terima Kunci
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) beramah mesra bersama penerima kunci pada Majlis Penyerahan Kunci Rumawip Residensi Pandanmas 2 di Resedensi Pandanmas Kampung Pandan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 APRIL 2018
VIDEO – Eksklusif Penjelasan Isu 1MDB – Arul Kanda
VIDEO - Eksklusif Penjelasan Isu 1MDB - Arul Kanda
Pelancaran Manifesto Wanita – ‘Ratu Hati Negaraku’
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) sambil diiringi Pengerusi Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (kiri) bersalaman dengan Ketua-Ketua Wanita Parti Komponen BN pada Program 'Ratu Hati Negaraku' bersama Wanita Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 APRIL 2018
Calon-calon BN – MIC
Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bergambar kenangan bersama calon-calon MIC yang bertanding dalam PRU-14 pada sidang akhbar di Bangunan Ibu Pejabat MIC, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2018
PM Rasmi Institut Kanser Negara (IKN)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam (kanan) bersalaman dengan pesakit, Suriya Ibrahim (dua kiri) dan Noradida Md Yasin (kiri) semasa melawat pada Perasmian Institut Kanser Negara (IKN) di IKN, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2018
BN Selangor Umum Calon dan Serah Watikah
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyerahkan watikah perlantikan kepada calon parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar pada Majlis Memperkenalkan Calon Barisan Nasional Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 23 APRIL 2018.

















