Thursday, August 20, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Lebuhraya Utara dan Pantai Timur Sesak #PRU14

Aliran trafik di lebuhraya Karak mula bergerak perlahan dari arah Kuala Lumpur menghala ke arah Pantai Timur berikutan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Umum ke-14 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2018

Proses Persiapan Terakhir Kotak-kotak Undi SPR #PRU14

Sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun kelengkapan persiapan mengundi sebagai persiapan terakhir sempena Pilihan Raya Umum ke-14 di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2018

KL Sentral Sesak Orang Ramai Pulang Mengundi #PRU14

Warga kota mula pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 MEI 2018

Calon Diva AA Azwan Ali Kempen Bihun Goreng #PRU14

Calon Parti Bebas N.19 Bukit Antarabangsa, Azwan Ali beramah mesra bersama penduduk tempatan pada program Kempen Bersama Artis dan Pengagihan Bihun sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Taman Kelab Ukay Ampang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 06 MEI 2018

PM Bersama Jentera dan Penyokong Tasek Gelugor #PRU14

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kebolehan bermain karom pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang. foto IQBAL BASRI, 05 MEI 2018

Hari Pengundian Awal #PRU14

Koperal Norhasimah Abdullah hadir berkerusi roda membuang undi pada proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)kawasan P.041 Kepala Batas dan N.02 Bertam melibatkan 779 pengundi berdaftar ketika tinjauan lensa Malaysia gazette di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. foto IQBAL BASRI, 05 MEI 2018

Persiapan Terakhir Kotak-Kotak Pengundian Awal SPR #PRU14

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Rosida Mohd Amin membuat persiapan terakhir menjelang pengundian awal sempena Pilihan Raya Umum ke-14 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 MEI 2018

Daily Life – Motor Kapcai Jadi Pilihan #PRU14

Seorang kanak-kanak yang menaiki basikal melintasi hiasan bendera pada Motosikal menggunakan bendera parti Barisan Nasional (BN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di sekitar Kubang Semang, Pulau Pinang. foto IQBAL BASRI, 01 MEI 2018

Daily Life – Nurul Izzah #PRU14

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) P.044 Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar beramah mesra bersama peniaga semasa sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pasar Malam Penanti, Pulau Pinang. foto IQBAL BASRI, 30 APRIL 2018

Calon BN Telok Bahang Kempen Jumpa Pengundi #PRU14

Calon Barisan Nasional (BN) N.40 Telok Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah beramah mesra bersama penduduk kampung semasa sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Kampung Jalan Bharu Balik Pulau, Pulau Pinang. foto IQBAL BASRI, 30 APRIL 2018