Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali melawat tempat kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia dan sebuah kereta sehingga mengakibatkan kematian tiga beranak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 20 OGOS 2026.

KUALA LUMPUR – Penggunaan lampu mata arah (beacon) dan siren diaktifkan bukan lesen kepada kenderaan agensi kerajaan untuk mengabaikan lampu isyarat merah atau mengetepikan keselamatan pengguna jalan raya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, jika menggunakan lampu berkenaan, pemandu kenderaan perlu memastikan situasi di sekeliling berada dalam keadaan selamat.

Penggunaan lampu beacon pada sesebuah kenderaan adalah tertakluk kepada Jadual Keenam (Kaedah 24B), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.

“Sebarang penggunaan lampu beacon di luar senarai yang dibenarkan hanya boleh diluluskan oleh Menteri Pengangkutan atas syor Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Sesiapa sahaja tidak boleh mengatasi undang-undang malah dalam sesi libat urus kita juga telah nyatakan secara jelas, mana-mana kenderaan kecemasan macam mana sekali pun apabila sampai di lampu isyarat kita perlu pastikan pengguna jalan raya lain dalam keadaan selamat.

“Sebelum ini pernah ada kes, pemandu ambulans pernah didakwa. Maknanya dia tak boleh menggunakan lampu beacon sesuka hati atau siren untuk langgar lampu isyarat tanpa lihat keadaan sekeliling kerana keselamatan pengguna adalah lebih penting,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali bercakap ketika sidang media selepas melawat tempat kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia dan sebuah kereta sehingga mengakibatkan kematian tiga beranak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 20 OGOS 2026.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat lokasi kejadian nahas tiga beranak yang maut dirempuh sebuah lori milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail di sini hari ini.

Muhammed Hasbullah memberitahu, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan semua agensi penguat kuasa berkaitan penyelarasan undang-undang jalan raya pada 23 Jun lalu.

“Dalam sesi libat urus itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama dengan agensi penguat kuasa telah menetapkan kesepakatan bersama iaitu menetapkan garis panduan yang tegas mengenai liputan kuasa pengiring yang kekal di bawah wewenang eksklusif PDRM.

“Agensi penguat kuasa yang lain telah dimaklumkan secara rasmi berkenaan pematuhan ketat terhadap Kaedah 24B terutamanya permohonan kebenaran rasmi dan penggunaan warna lampu beacon mengikut spesifikasi undang-undang yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali melawat tempat kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia dan sebuah kereta sehingga mengakibatkan kematian tiga beranak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 20 OGOS 2026.

Tambah beliau, penggunaan lampu beacon warna biru dan merah adalah hak eksklusif bagi kenderaan PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), ambulans, JPJ, Jabatan Kastam dan Jabatan Penjara semasa menjalankan tugas.

“Ia bukan tiket untuk mengatasi undang-undang tanpa kuasa dengan memasang lampu beacon termasuk warna kuning tidak memberikan hak keutamaan kepada kenderaan awam atau marshal untuk melanggar lampu isyarat merah melebihi had laju serta menyekat kenderaan lain.

“Orang awam yang memasang lampu beacon sesuka hati pada kenderaan persendirian, persatuan ataupun masyarakat awam tanpa kebenaran bertulis adalah satu kesalahan undang-undang yang jelas.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelik dan pemandu kenderaan yang memasang lampu beacon secara haram mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here