Lensa MalaysiaGazette
Mohamad Sabu Lancar Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu diiringi Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang (kiri), Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi (dua kanan) dan Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong (dua kiri) menyempurnakan gimik pelancaran pada Perhimpunan dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2019 di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 OGOS 2019
LENSA MG | Seni Tulisan Jawi
Junaidi Hassan, 53 kelihatan begitu teliti ketika menghasilkan tulisan jawi dan khat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 OGOS 2019
Pelancaran Aplikasi MyPay
Seorang lelaki melintasi Logo MyPay pada Majlis Pelancaran Aplikasi MyPay di Hotel Dorsett Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 15 OGOS 2019
Sidang Media Keputusan Bedah Siasat #NoraAnne
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop bercakap pada sidang media khas mengenai hasil keputusan autopsi mayat Nora Anne Quiorin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Seremban, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM, 15 OGOS 2019.
LENSA MG | Menara Menara Exchange 106 #TRX
Pemandangan pada waktu malam yang menampakkan bakal bangunan pencakar langit yang tertinggi di Malaysia, Menara Exchange 106 yang giat dibangunkan di Tun Razak Exchange (TRX) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 OGOS 2019
3 Pegawai dan Anggota Polis Perancis, Ireland, England Ikuti Proses Bedah...
Pegawai dan anggota polis dari Perancis, Ireland dan England dilihat memasuki perkarangan bilik forensik bagi mengikuti perkembangan proses bedah siasat remaja warga Ireland, Nora Anne Qouirin di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 14 OGOS 2019.
LENSA MG | Suasana Petugas Media Tempatan, Antarabangsa Lapor Perkembangan Terkini...
Petugas media tempatan dan antarabangsa sewaktu menunggu sidang media perkembangan terkini proses bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anane Quoirin di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 14 OGOS 2019.
Pakar Patologi HKL Tiba di Hospital Tuanku Ja’afar #NoraAnneQuoirin
Antara Individu yang dipercayai pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur tiba untuk proses bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 14 OGOS 2019.
Tun Mahathir di Sambutan Ulang Tahun ke 21 KLIA
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasmikan replika model skala yang pertama KLIA ketika hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 21 KLIA Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). foto NOOREEZA HASHIM, 13 OGOS 2019.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #KorbanLembu
Aksi salah seorang anggota bomba sewaktu cubaan menumbangkan seekor lembu yang akan dikorbankan pada Program Ibadah Korban Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 1440 H/ 2019 di Perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 13 OGOS 2019.

















