Lensa MalaysiaGazette
Daily Life – Aksi Warga Bangladesh Bermain Kriket di Ibu...
Sebahagian aksi pekerja asing dari Bangladesh memanfaatkan cuti sempena Hari Raya Aidiladha dengan bermain kriket ketika tinjauan lensa Malaysia gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 OGOS 2019
TERKINI : 100 Ekor Lembu dan Kambing Korban di Pasar Borong...
TERKINI : 100 Ekor Lembu dan Kambing Korban di Pasar Borong KL #EtnikRohingya
Ibu, Isteri dan Keluarga ‘Redha’ Pemergian Allahyarham Muhammad Danial
Pengurus Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Nik Anis Nik Zakaria mengucup dahi anaknya, Allahyarham Muhammad Danial Syed Syakir selepas disolatkan di Masjid Al-Taqwa Bandar Bukit Mahkota Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 11 OGOS 2019
LENSA MG | Pasar Borang KL Banjir Merah Dengan Darah Lembu
Kepala lembu yang telah selamat di sembelih diangkat oleh etnik Rohingya yang bergotong-royong mengorbankan lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 OGOS 2019
Daily Life – Lembu Korban #HariRayaAidiladha
Gelagat seorang kanak-kanak memberikan makanan kepada seekor lembu sempena menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Selayang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2019
Daily Life – Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz #JEREBU
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz kelihatan kabur berikutan jerebu dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam direkodkan pada paras sederhana iaitu bacaan IPU-80 pada jam 5 petang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 10 OGOS 2019
LENSA MG | Aliran Trafik Sesak Sg.Buloh ke Arah Utara
Aliran trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Behrang berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidiladha semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Plus arah Utara. foto IQBAL BASRI, 10 OGOS 2019
Daily Life – “Rezeki Memukat” Kuala Lumpur #2019
Kelihatan seorang lelaki memukat ikan air tawar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 OGOS 2019
Pasukan Bola Sepak Malaysia Juara Kejuaraan B-15 AFF, Thailand
Presiden Perstuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin (tengah) meraikan kegembiraan bersama pemain dan pasukan bolasepak kebangsaan B-15 yang juara selepas menewaskan tuan rumah Thailand 2-1 pada Kejuaraan B-15 AFF di Chonburi, Thailand. foto NASIRRUDDIN YAZID/ FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA (OFFICIAL), 09 OGOS 2019
Dr. Dzulkefly di Sesi Town Hall Menteri Kesihatan Malaysia
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah) diiringi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bergambar kenangan bersama peserta-peserta ketika hadir pada Sesi Town Hall Menteri Kesihatan Malaysia bersama Industri Farmaseutikal Siri 2 di Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 08 OGOS 2019.

















