Sunday, August 23, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Ulang Tahun Ke- 52 Penubuhan ASEAN

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking (tengah) dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (enam kiri) bergambar kenangan bersama wakil dari negara-negara Asean pada sidang media pada Majlis Ulang Tahun Ke- 52 Penubuhan ASEAN di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 08 OGOS 2019.

Anthony Loke Lancar Program Keselamatan Jalan Raya Digi 2019

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempamerkan kebolehan mengendalikan simulasi kereta ketika meluangkan masa melawat ruang pameran pada Majlis Pelancaran Program Keselamatan Jalan Raya Digi 2019 di Subang Hi-Tech Industrial Park, Selangor. foto IQBAL BASRI, 08 OGOS 2019

Teo Nie Ching Terima Penyerahan Memorandum Isu Tulisan Khat Jawi

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (tengah) berbual sesuatu dengan Pengerusi Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia), Ong Chiow Chuen (dua kanan) dan Pengerusi Tamil Foundation, Thiraviam Maruthai selepas mengadakan pertemuan dan mesyuarat berkenaan isu tulisan khat jawi buku teks BM di Kementerian Pendidikan Putrajaya, Presint 1, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 06 OGOS 2019.

Menteri Pembangunan Usahawan Saksi Penyerahan MoU Usahawan Muda Malaysia Baru

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (tengah), diiringi Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Binary University, Tan Sri Professor Joseph Adaikalam (dua kiri) dan Pro Canselor Binary University, Datuk Seri Iqbal Rawta (kanan) pada penyerahan MOU Usahawan Muda Malaysia Baru pada Majlis Pelancaran Program Usahawan Muda Malaysia Baru dan Biasiswa Usahawan 2030 di Auditorium Binary University, Puchong, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 06 OGOS 2019.

YDP Agong dan Raja Permaisuri Rasmi dan Melawat #PameranRajaKita

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat persalinan istiadat diraja yang dipamerkan ketika melawat Pameran Raja Kita sempena istiadat pertabalan baginda di Muzium Diraja, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 05 OGOS 2019.

Mat Sabu Serah, Lancar Projek Mesra Rakyat dan Projek Sayangi Klinik...

Ahli Parlimen Kota Raja selaku Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu melancarkan gimik pelancaran pada Majlis Penyerahan Projek Mesra Rakyat dan Pelancaran Projek Sayangi Klinik Ku Peringkat Parlimen Kota Raja di Klinik Kesihatan Bukit Naga, Shah Alam, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 01 OGOS 2019.

MB Selangor di Persidangan Pentadbiran ICT Universiti 2019

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (tengah) diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Iqbal Saripan (dua kanan) menunjukkan aplikasi kad ID digital UPM pada Persidangan Pentadbiran ICT Universiti 2019 (PPICT 2019) di Hotel Marriot, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 01 OGOS 2019.

#NAJIBRAZAK | Mahkamah 2019

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 OGOS 2019

KL Daily Life #2019

Kelihatan pejalan kaki berjalan sambil mengunakan telefon bimbit di hadapan papan iklan digital ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Suria KLCC, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 31 JULAI 2019.

Wee Ka Siong Saksi MoU VTAR Institute dan IME Trading Sdn...

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong diiringi Ketua Pegawai Eksekutif VTAR Institute, Tan Cheng Liang melawat kemudahan yang ditawarkan VTAR Institute pada Majlis Menandatangani MoU antara VTAR Institute dan IME Trading Sdn Bhd di VTAR Institute Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 JULAI 2019