Sunday, August 23, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

DS Najib Razak di Mahkamah #BOSSKU

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar semasa waktu rehat perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 31 JULAI 2019

ADUN Semenyih Buat Laporan Polis

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Zakaria Hanafi (tengah) membincangkan sesuatu dengan AJK Pertubuhan Gagasan Prihatin Semenyih, Ahmad Asmadi Adnan (dua kiri) serta yang lain selepas membuat laporan polis berkaitan penutupan Lebuhraya LEKAS gara-gara penganjuran sebuah program kayuhan basikal sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas disekitar Semenyih di Balai Polis Semenyih, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 30 JULAI 2019.

LENSA MG | Sentuhan Terakhir Menjelang Detik Pertabalan Yang di-Pertuan Agong...

Penolong Kurator Jabatan Muzium Malaysia, Nor Hafizzah Abdul Rahman melakukan persiapan pameran sempena Pameran Raja Kita ketika persiapan akhir sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Muzium Diraja, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 29 JULAI 2019.

Daily Life – Kuala Lumpur #2019

Kelihatan seorang warga kota melintasi lukisan mural yang menghiasi dinding bangunan dan pejalan kaki ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 JULAI 2019

Fadzrul Danel, “HERO” Tak Didendang KEDAH | Aksi #FinalShopeePialaFA2019

Pemain pasukan Kedah, Mohd Fadzrul Danel menewaskan penjaga gol pasukan Perak, Hafizul Hakim (kanan) untuk jaringan pasukan pada perlawanan Akhir Shopee Piala FA antara pasukan Perak menentang Pasukan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 JULAI 2019

LENSA MG | Gelagat Peyokong Kedah dan Perak Sebelum Perlawanan Akhir...

Reaksi sebahagian penyokong Kedah FA dan penyokong Perak bergambar semasa hadir pada perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 antara pasukan Kedah FA menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 27 JULAI 2019

Daily Life – Pameran Kapsul Masa Louis Vuitton #LV

Pereka beg tangan, Madame Natalie menunjukkan demostrasi penghasilan beg tangan berjenama Louis Vuitton kepada pengunjung pada Pameran Kapsul Masa Louis Vuitton ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Esplanade KLCC, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 27 JULAI 2019.

Mufti Wilayah Persekutuan Rasmi Pameran Artifak Rasulullah SAW da Para Sahabat

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri meluangkan masa melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW da Para Sahabat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 JULAI 2019

3 Pengadil JEPUN Untuk Aksi Final Shopee Piala FA 2019

Tiga pengadil dari Jepun, Takuto Okabe, Akane Yagi, dan Osamu Nomura yang akan mengadili aksi Final Shopee Piala FA 2019 antara Perak dan Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok telah menghadiri Kursus Kepengadilan MA FIFA dan Seminar Pengadil Piala Malaysia 2019 and Challenge Cup 2019 di Hotel Acapella, Shah Alam. foto NASIRRUDDIN YAZID/ FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA (OFFICIAL)

Pembentangan Ekonomi Malaysia ‘Kini dan Masa Depan’

Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Pembentangan Ekonomi Malaysia 'Kini dan Masa Depan' di Dewan Persidangan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 JULAI 2019