Wednesday, November 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1715 Artikel 0 Komen

Saifuddin Nasution Bersama Penerima Anugerah APC KPDNHEP

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution meyampaikan Anugerah Tunggal kepada Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Jamil Salleh pada Majlis APC KPDNHEP di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 07 JANUARI 2018

Daily Life – Batu Caves #2019

Reaksi pelancong yang tidak melepas peluang bergambar dengan berlatar belakangkan 272 anak tangga yang berwarna-warni ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI. 05 JANUARI 2019

Daily Life – Harga Minyak Turun RM1.93

Pengguna, Hisham Salleh, 50 menunjukkan resit yang tertera harga minyak susulan kejatuhan harga minyak mentah dan kerajaan menetapkan harga minyak secara mingguan bermulanya tengah malam tadi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen Minyak Petronas Salak Selatan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 JANUARI 2019

Menteri Wilayah Persekutuan Lancar Akhbar Wilayahku

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad (empat kanan) bersama Timbalannya, Datuk Shaharuddin Md Salleh (dua kiri) membaca keratan akhbar Wilayahku selepas melancarkan Akhbar Wilayahku di Menara Persekutuan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 04 JANUARI 2019

Saifuddin Nasution Lancar Tesco Ong Mali 2019

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif TESCO Paul Ritchie (kanan) melihat barang-barang keperluan semasa pada Pelancaran Tesco Ong Mali 2019 sempena Tahun Baru Cina di Tesco Kepong Village Mall, Bandar Manjalara, Kuala Lumpur. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 03 JANUARI 2019

Gelagat Murid Tabika KEMAS #2019

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin (duduk, dua kiri) adakan lawatan ke Tabika KEMAS sempena sesi awal tahun persekolahan tahun 2019 di Tabika Kemas Kuarters Kakitangan Kerajaan di Jalan U-Tant, Kuala Lumpur. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 03 JANUARI 2019

Gelagat Hari Pertama Persekolahan Sesi #2019

Gelagat murid pra sekolah yang bersahaja menguap sebelum memasuki kelas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama persekolahan bagi sesi 2019 di Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 02 JANUARI 2019.

Kemeriahan Sambutan Tahun Baharu 2019 di Putrajaya

Sebahagian pengunjung memegang kertas yang memaparkan ‘Selamat Tahun Baru’ pada Majlis Penutupan Festival Light And Motion Putrajaya (Lampu) 2018 dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 31 DISEMBER 2018

Suasana Perhimpunan Agung Tahunan kali Kedua PPBM 2018

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap sesuatu dengan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 30 DISEMBER 2018.

Tun Dr. Mahathir Mohamad Rasmi Perhimpunan Agung Tahunan PPBM 2018

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga kanan) dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kanan) merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 29 DISEMBER 2018.