Lensa MalaysiaGazette
Warga KPWKM Sambut Hari Pertama Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra bersama kakitangan ketika hadir pada Majlis Serah Tugas Bekas Menteri KPWKM di Ibu Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 24 MEI 2018
Najib ke SPRM kali ke-2
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 24 MEI 2018.
Pengamal Media di Hargai Melalui Karya Seni Lukisan
Tan Poh Chuan, 45 melukis permandangan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun razak sebagai tanda sokongan kepada pengamal media yang sanggup berhujan panas demi memberikan berita terkini di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 23 MEI 2018
Reaksi Najib Selepas Beri Kenyataan Kepada SPRM
Reaksi Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada media ketika diiringi keluar selepas memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Pejabat SPRM, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 22 MEI 2018
Wan Azizah Wan Mula Kerja Hari Pertama Sebagai TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menurunkan tandatangan ketika hadir memulakan tugas pada hari pertama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 22 MEI 2018
Jalan Langgak Duta Sesak di Malam Minggu
Keadaan lalu lintas sesak berikutan orang ramai mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan perkembangan terkini di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 19 MEI 2018
Pelajar Tahfiz Buka Puasa di Rumah Najib
Sebahagian pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tiba di kediaman Bkeas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Majlis Berbuka Puasa sempena Bulan Ramadan di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 MEI 2018
Daily Life – Juadah Baazar Ramadan
Peniaga, Khairul Azmil membakar daging lembu untuk dijual kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari kedua berpuasa di sekitar bazaar ramadhan Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 MEI 2018
Rumah Najib Kena Serbu Polis
Kenderaan polis memasuki perkarangan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil barangan yang akan membantu siasatan berkaitan isu 1MDB di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 MEI 2018
Ribuan Penyokong PKR di Himpunan Merdeka Rakyat
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai tangan kearah ribuan penyokong yang hadir pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.

















