Lensa MalaysiaGazette
Hari Pertama Rakyat Malaysia Berbelanja 0% GST
Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Datuk Seri Meer Sadik Habib (dua kanan) beramah mesra dengan pelanggan selepas pada sidang media berkenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kesan terhadap industri barang kemas di Habib Jewels, Ampang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 01 JUN 2018
Ops Catut 4.0 – KPDNKK
Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Roslan Mahayudin diiringi Pengarah Bahagian GST KASTAM, Datuk Ahmad Maher Abd Jalil (kanan) memeriksa tanda harga selepas pemansuhan cukai GST pada Ops Catut 4.0 di AEON Big Alamanda, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 01 JUN 2018
Muhyiddin Sampaikan Sumbangan dan Buka Puasa
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyampaikan sumbangan kepada adik Mohammad Hakimi Ashraf Hasmizun (kiri) pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 31 MEI 2018
Hari Tanpa Tembakau Sedunia
Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad meluangkan masa melawat ruang pameran pada Program Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM Serdang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 31 MEI 2018
Daily Life – Buka Puasa Belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad
Sebahagian warga kota berbuka puasa berlatar-belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 MEI 2018
Daily Life – CAPAL RAYA
Pekerja, Kamal Kamaruzaman menjahit tapak kasut capal yang mula mendapat permintaan tinggi menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette mengenai proses pembuatan kasut capal di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 MEI 2018
Tun M Pengerusikan Mesyuarat MT PPBM
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman ketika hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di Ibu Pejabat PPBM, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 MEI 2018
Majlis Iftar PERKIM bersama Perdana Menteri
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor (kanan) bersalaman dan beramah mesra ketika hadir pada Majlis Iftar PERKIM bersama Perdana Menteri selaku Yang Dipertua PERKIM di Putrajaya. foto MALAYSIA GAZETTE, 25 MEI 2018
7 Jam Beri Keterangan Najib Tetap Tersenyum
Reaksi Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada media ketika keluar selepas memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kali kedua di Pejabat SPRM, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 24 MEI 2018
Daily Life – Potret Wan Azizah
Seorang petugas membersihkan hiasan gambar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 24 MEI 2018

















