Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sesi Temu Anwar Dan Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Kebangsaan (HAMKA) Antarabangsa 2026 di KSL Esplanade Hotel, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 20 OGOS 2026.

KUALA LANGAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan kerajaan akan membuat satu hingga dua pengumuman penting, termasuk beberapa kelonggaran yang mengambil kira tuntutan anak muda pada 30 Ogos ini.

Lebih menarik, Anwar sendiri meminta anak muda supaya menunggu pengumuman berkenaan sebelum melihat pula kemungkinan pengumuman susulan pada Hari Malaysia, 16 September atau ketika Belanjawan 2027 dijadualkan dibentangkan pada awal Oktober.

“Pada 30 Ogos malam satu pengumuman, beberapa kelonggaran saya ambil kira juga tuntutan anak muda.

“Kalau tak umum 30 malam, saya umum 16 September. Kalau tak umum 16 September, saya umum Belanjawan awal Oktober,” katanya ketika sesi Temu Anwar sempena Himpunan Anak Muda Kebangsaan (HAMKA) Antarabangsa 2026 di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sesi Temu Anwar Dan Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Kebangsaan (HAMKA) Antarabangsa 2026 di KSL Esplanade Hotel, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 20 OGOS 2026.

Namun, Perdana Menteri tidak mendedahkan apakah bentuk kelonggaran yang sedang dipertimbangkan.

Sebaliknya, beliau memberi gambaran beberapa perkara yang dibangkitkan anak muda sedang diteliti satu per satu, termasuk akses kepada pembiayaan perniagaan, kebajikan pekerja ekonomi gig dan beban kos sara hidup.

“Kerajaan sedang melihat semula pendekatan terhadap golongan lepasan universiti yang mahu memulakan perniagaan tetapi berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan kerana tidak mempunyai rekod perniagaan,” katanya.

Katanya, keadaan ekonomi sudah berubah dan pendekatan lama tidak semestinya lagi sesuai.

“Tadi dicadangkan anak-anak yang lulus universiti nak mula perniagaan, dia kena tunggu tiga tahun. Dia nak dapat pinjaman TEKUN, dia kena ada rekod. Tapi keadaan sudah berubah,” katanya.

Dalam masa sama, Anwar turut menyentuh isu harga minyak yang menurutnya masih antara paling rendah di dunia, tetapi kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi hampir RM45 bilion setahun.

“Saya akui terdapat tuntutan daripada golongan pemandu ekonomi gig yang merasakan bantuan sedia ada masih belum mencukupi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here