Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 30-an cedera pada bahagian belakang badan selepas ditikam besi tajam oleh individu tidak dikenali di Pasar Borong Kuala Lumpur, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul Superintenden Jasni Zolpa berkata kejadian berlaku pada 8.40 pagi semasa mangsa sedang bekerja di pasar itu.

“Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan dalam keadaan stabil.

“Rakan mangsa membuat laporan polis pada 1.30 tengah hari tadi dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 47 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki menahan kesakitan dipercayai akibat ditikam objek tajam pada bahagian belakang badan.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here