Lensa MalaysiaGazette
Sidang Media Pertama Selepas Pembebasan Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencium isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil memeluk anaknya pada sidang media pertama selepas mendapat Pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.
Anwar Ceria Bila Sampai Rumah
Reaksi ceria Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba di kediamannya selepas mendapat Pengampunan Diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 MEI 2018.
Anwar Ceria Keluar Hospital Untuk Mengadap Agong
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan ceria semasa melambai tangan kepada para media dan penyokongnya sebaik keluar dari wad sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 16 MEI 2018
JS Pictures Rangkul Anugerah DFKL 2018
Pengarah, Jinggo (tiga kiri) bersama isterinya Shiela Rusly dan diiringi penyanyi, Ayda Jebat ketika merangkul Anugerah Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 13 MEI 2018
Tun Mahathir Umum Senarai Kabinet
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berucap pada sidang media Pengumuman Menteri Kabinet Malaysia yang baru di Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 12 MEI 2018.
Najib Letak Jawatan Presiden UMNO
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memeluk erat Timbalan Presiden Barisan Nasional yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas membuat pengumuman berundur dari jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional pada sidang media khas di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2018.
Solat Hajat, Bacaan Yassin Untuk Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 72
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan ahli-ahli UMNO menunaikan Solat Magrib, Solat Sunat Hajat, Bacaan Yassin dan Solat Isyak sempena Ulang Tahun ke 72 UMNO di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 11 MEI 2018
Solat Jumaat Pertama Tun M Sebagai PM ke 7
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 MEI 2018
Tun M Umum Pembebasan Anwar Ibrahim Serta Merta
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media mengenai mesyuarat senarai menteri kabinet sambil diiringi Presiden Pakatan Haparan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kiri) di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 MEI 2018
Perdana Menteri Ke 7 – Tun Mahathir Mohamad
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melambai tangan ke arah para penyokongnya selepas selesai istiadat angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 di perkarangan Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Halim, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 MEI 2018

















