Lensa MalaysiaGazette
SPR Umum Pilihan Raya Kecil DUN Rantau 13 April 2019
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menyerahkan Watikah Pelantikan kepada Mohd Nizam Tajul Urus sebagai Pegawai Pengurus bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada sidang media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Serbaguna, Menara SPR, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 06 MAC 2019
Muhyiddin Serah Watikah Lantikan Ahli Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI)
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sijil lantikan kepada Tun Arifin Zakaria pada Majlis Perlantikan Ahli Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) mengenai penemuan Kem Penempatan Sementara dan Kubur di Wang Kelian Perlis di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 05 MAC 2019.
Saifuddin Nasution di Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SSM
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail beramah mesra bersama penerima anugerah pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 05 MAC 2019
Suasana Hari Peringati Lima Tahun Tragedi MH370
Sebahagian pengunjung melintasi sudut kenangan pada Majlis Memperingati Lima Tahun Tragedi MH370 di The Square, Publika, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 03 MAC 2019
Jentera Barisan Nasional dan PAS Meraikan Kemenangan Zakaria Hanafi #PRK DUN...
Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi (tengah) meraikan kemenangannya bersama jentera BN dan PAS selepas beliau diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih baharu di Pusat Penjumlahan Undi Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Dewan Seri Cempaka MPKJ, Semenyih, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2019.
Zakaria Hanafi Menang (BN) Kerusi PRK Dun N.24 Semenyih
Gelagat calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi selepas beliau diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih baharu di Pusat Penjumlahan Undi Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Dewan Seri Cempaka MPKJ, Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MAC 2019.
Peti-Peti Undi SPR Sudah Tiba di Pusat Pusat Penjumlahan Undi...
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi ke Pusat Penjumlahan Undi Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Dewan Seri Cempaka MPKJ, Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MAC 2019.
Pintu Pagar Pusat Mengundi di Tutup #PRK Semenyih
Penyelia Pusat Mengundi, Siti Hajar Saad menutup pintu pagar pusat mengundi tepat jam 5.30 petang selepas tamat waktu mengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Sekolah Kebangsaan Kantan Permai, Kajang. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MAC 2019
Jari-Jari Yang Memilih Bakal ADUN Semenyih #PRK
Pengundi, Isa Kubir, 76, menunjukkan jari berdakwat kekal selepas selesai membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MAC 2019
Azhar Azizan Tinjau Keadaan Pusat-Pusat Mengundi #PRK Semenyih
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun meluangkan masa melawat pusat mengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 02 MAC 2019

















