Lensa MalaysiaGazette
Gelagat Penduduk Semenyih Keluar dan Mengundi Calon Pilihan #PRK Semenyih
Seorang warga emas berkerusi roda hadir pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MAC 2019
Calon PH, Aiman Zainali Tunjuk Jari Tanda Sudah Mengundi #PRK Semenyih
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali menunjukkan jari yang bertanda dakwat kekal selepas membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 02 MAC 2019
Zahid Hamidi Sembang Santai Bersama Jemaah Masjid, Semenyih
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama jemaah pada Program Sembang Santai Bersama Jemaah Masjid di Surau Sri Jenaris Kantan Permai, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 MAC 2019
Calon PH, Aiman Zainali Solat Jumaat Bersama Pengundi Semenyih
Presiden PPBM, Tan Muhyiddin Yassin bersama Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali beramah mesra dengan jemaah ketika hadir pada solat Jumaat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 MAC 2019
Tun M Hadir Ceramah Perdana PH, Kempen Calon PH, Aiman Zainali
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Tesco Semenyih, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 28 FEBRUARI 2019.
Calon BN, Zakaria Hanafi Kempen Pengundi Cina di PRK Semenyih
Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi beramah mesra dengan penduduk tempatan ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Kampung Baru, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 FEBRUARI 2019.
Anwar Ibrahim Ceramah Kempen Calon PH, Aiman Zainali
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Malam Kebudayaan Komuniti India sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Bandar Rinching, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 FEBRUARI 2019
Pengundi Semenyih Gembira Jumpa Calon PH, Aiman ketika Kempen PRK Semenyih
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali beramah mesra dengan Mustafa Hitam, 69 ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 FEBRUARI 2019.
Calon BN dan Bebas Tinjau Proses Undi Awal di PRK Semenyih
Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi beramah mesra bersama anggota polis yang sedang beratur sebelum masuk ke dewan untuk membuang undi semasa pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Kem Batalion 4 PGA, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 26 FEBRUARI 2019
Pengerusi SPR dan Ketua Poilis Selangor Tinjau Proses Pengundian Awal
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun (tengah) berswafoto bersama calon Bebas PRK N.24 Semenyih, Kuan Chee Heng (dua kanan) semasa hadir melawat pusat pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin (kiri) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 26 FEBRUARI 2019

















