Wednesday, May 14, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1765 Artikel 0 Komen

Keadaan Kampung Periok Rumah Dinaiki Air

Penduduk melakukan kerja-kerja pembersihan selepas rumah dinaiki air akibat hujan lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sekitar Kampung Periok di Kampung Baru Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 10 OKTOBER 2023.

Solat Hajat dan Doa Kesejahteraan Untuk Palestin

Para jemaah membaca doa Qunut Nazilah semasa menunaikan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 OKTOBER 2023.

Solidariti Untuk Pejuang Palestin

Ahli Sekretariat Palestin membuat perarakan konvoi dengan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda sokongan kepada pejuang kemerdekaan Palestin melawan tentera Israel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 08 OKTOBER 2023.

Dua Suspek Bunuh Warga Sri Lanka Dihadap Ke Mahkamah

Dua suspek warga Sri Lanka yang ditahan dalam kes bunuh tiga lelaki warga senegaranya di Kampung Kovil Hilir Sentul 22 September lalu dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat polis di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto QURRATU AINI, 5 OKTOBER 2023.

Gelagat Pelumba LTdL Peringkat Kelima

Peloton pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2023 melalui laluan perlumbaan pada LTdL peringkat kelima dari Slim River ke Genting Highland sejauh 126.4 kilometer di Genting Highlands, Pahang. Foto IHSAN LTdL, 27 SEPTEMBER 2023.

Suhaizan Kayat Selesai Angkat Sumpah Ahli Parlimen Pulai Baharu

Ahli Parlimen Pulai yang baharu, Suhaizan Kayat selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 19 SEPTEMBER 2023.

Suasana Himpunan Selamatkan Malaysia

Peserta memegang plakad isu DNAA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tanda bantahan pada Himpunan Aman Selamatkan Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Sogo, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 16 SEPTEMBER 2023

Najib Razak, Irwan Serigar di Mahkamah Kuala Lumpur

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa keluar dari mahkamah selepas sebutan keputusan representasi beliau dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah bagi membatalkan enam pertuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company di depan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta. Foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2023.

PMX Anwar Bentang Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) di Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (kanan) menunjukkan dokumen Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK12) pada Sidang Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2023.

Ahli-Ahli Parlimen Hadir Sidang Dewan Rakyat

Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir membentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK12) ditemani isterinya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Sidang Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2023.