Lensa MalaysiaGazette
Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar kenangan bersama penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M kepada Tun Sakaran Dandai (tengah) turut serta Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga kiri) pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 22 SEPTEMBER 2017
Pusat Tahfiz Jadi Tumpuan Orang Ramai
Orang ramai turut mencari pelbagai sudut untuk melihat keadaan bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berikutan kejadian kebakaran yang meragut 23 nyawa pelajar tahfiz di Jalan Datuk Keramat, Selangor. foto IQBAL BASRI, 17 SEPTEMBER 2017
Jalur Gemilang Berkibar Separuh Tiang
Jalur Gemilang berkibar separuh tiang berikutan kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah petang semalam ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 SEPTEMBER 2017
Daily Life
Seorang pelancong asing mengambil gambar berlatar belakangkan bangunan pencakar langit ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 SEPTEMBER 2017.
Rock Climbing Gua Damai
Aktiviti hujung minggu seperti 'Rock Climbing' menjadi pilihan warga kota yang mahu beriadah dengan aktiviti lasak ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Rock Climbing Gua Damai, Selangor. foto IQBAL BASRI, 10 SEPTEMBER 2017
Penutup Merdeka Rides 2017
Reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan persembahan motosikal dari penunggang cilik pada Majlis Penutup Merdeka Rides 2017 di Dataran Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 10 SEPTEMBER 2017.
Agong Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Doa Selamat
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan membaca yassin sambil diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 SEPTEMBER 2017
KJ dan Pemuda Kecam Pembunuhan etnik Rohingya
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bergambar bersama pelarian sambil diiringi Timbalan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos pada sidang media tergempar mengenai isu pembunuhan etnik Rohingya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 SEPTEMBER 2017
TPM Jumpa Syarikat Kawalan Keselamatan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menurunkan tandatangan pada Buku POCA Nafas Baharu Banteras Jenayah pada Majlis Perjumpaan Bersama Syarikat Kawalan Keselamatan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 SEPTEMBER 2017
Gelagat DS Zahid Hamidi Berswafoto
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berswafoto bersama pelajar pada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 07 SEPTEMBER 2017