Wednesday, May 14, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1766 Artikel 0 Komen

LENSA MG | Pantai Dalam Syurga Makanan Kelantan

Peniaga Pasar Pagi Kelantan menjual kuih-muih dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang dibuka seawal 7 pagi sehingga 11 pagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 09 JULAI 2023.

Anwar, Zahid Di Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat tangan bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selepas hadir ke Jelajah Mega Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di Laman Niaga Bandar Baru Bangi. Foto MOHD ADZLAN 07 JULAI 2023.

Lawatan Mengejut Perdana Menteri Di KLIA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mengejut pada jam 1220 tengahari tadi bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Imigresen Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.

Ibadat Korban Simbol Perpaduan #Aidiladha

Penduduk taman bergotong-royong menumbangkan lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Al-Azhariah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN 29 JUN 2023.

Tan Sri Wan Junaidi Angkat Sumpah Yang Dipertua Dewan Negara Ke-19

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 ketika menghadiri Persidangan Dewan Negar di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 19 JUN 2023.

Jaguh Pecut Asia, Azizulhasni Awang

Atlet basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraikan kemenangan selepas menewaskan atlet Jepun, Kaiya Ota (kanan) dalam acara Men Elite Sprint pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai. Foto MALAYSIA GAZETTE, 16 JUN 2023.

Perhimpunan Agung UMNO Melabuhkan Tirai #PAU2023

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO yang lain memotong pulut kuning selepas selesai penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MUHD NA’IM, 10 JUN 2023.

Reaksi Zahid dan Anwar di Pentas PAU 2023

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 JUN 2023.

Kibaran Bendera Sang Saka Bangsa #PAU2023

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menaikkan bendera UMNO "Sang Saka Bangsa" sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 09 JUN 2023.

Anwar Santai Bersama Jokowi di Kuala Lumpur

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika Walkabout di sekitar Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur. Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri, 08 JUN 2023.