Lensa MalaysiaGazette
Gelagat dan Doa Penyokong Najib Menunggu Keputusan Dari Mahkamah
penyokong yang berada di luar Istana Kehakiman berdoa pada rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2022.
Najib Tiba Hadiri Keputusan Kes Rayuan Akhir di Istana Kehakiman
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada prosiding kes rayuan akhirnya berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 23 OGOS 2022.
Lambaian Najib Kepada Penyokong
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar selepas hadir ke mahkamah pada prosiding kes rayuan akhirnya berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 19 OGOS 2022.
Najib Razak di Istana Kehakiman
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada prosiding kes rayuan akhirnya berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 19 OGOS 2022.
Zahid Hamidi Pengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi menentukan parti baharu yang akan menyertai BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 OGOS 2022.
Penyokong #BebasBossku di Pekarangan Istana Kehakiman
Seorang penyokong memakai lilitan kepala yang tertera ‘Bebas Bossku’ sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan prosiding rayuan akhir bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 15 OGOS 2022.
Suasana dan Gelagat Pengunjung di Hari Terakhir Pameran MAHA 2022
Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barangan sempena pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2022) di MAEPS Serdang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 14 OGOS 2022.
Zahid Hamidi, Ismail Sabri Pada Perasmian Penutup Konvensyen Wanita BN
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diiringi Pengerusi Wanita Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional bergambar kenangan selepas Perasmian Penutup Konvensyen Wanita Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 14 OGOS 2022.
Mogok Kumpulan Rider ‘Food Delivery Blackout’
Penunggang e-hailing Grab Food berkumpul beramai-ramai dalam satu kempen mogok “Food Delivery Blackout” untuk menyerahkan memorandum tuntutan ketika di HQ Grab, Axis Business Campus, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2022.
Ahmad Zahid, Guan Eng Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke mahkamah bagi pembicaraan kes rasuah Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 05 OGOS 2022.