Lensa MalaysiaGazette
Ibu Angkat Infaq Laksa #SebarkanKasihSayang Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi
Ibu angkat kepada Zubaidi Amir Qusyairi, Norlida Abu Hassan, 51 melihat gambar dan potrait adik Amir di rumahnya di Bukit Sentosa Rawang. Foto HAFIZ SOHAIMI, 13 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Bersukan Patuh SOP
Orang ramai beriadah di sekitar tasik Putrajaya selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membernarkan aktiviti sukan seperti jogging dan berbasikal bermula hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya.Foto FIKRI YAZID 12 FEBRUARI 2021
LENSA MG | Sambutan Tahun Baru Cina 2021
Seorang wanita keturunan Cina melakukan upacara keagamaan sempena Tahun Baru Cina semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tokong Thean Hou, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Sektor Peruncitan Mula Beroperasi
Premis pakaian mula menjalankan perniagaan berikutan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan baki keseluruhan perniagaan peruncitan beroperasi semula ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tar, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2021.
Pembeli, Pekerja Butik Pakaian Pakai ‘Glove’ Patuh SOP Ketat MKN #PKP
Pelanggan membeli pakaian memakai sarung tangan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat selepas Majlis Keselamatan Negara bersetuju membenarkan baki keseluruhan perniagaan peruncitan beroperasi semula ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di premis barangan sukan Al-Ikhsan, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 10 FEBRUARI 2021.
Najib Razak, Rosmah Mansor Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir perbicaraan kes 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 10 FEBRUARI 2021
Akad Nikah ‘Ringkas’ Pasangan Pengantin Ketika Musim PKP
Pengantin, Nor Fazlina berdoa tanda syukur selepas selesai lafaz akad nikah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas kerajaan membenarkan majlis pernikahan ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 8 FEBRUARI 2021
Annuar Musa Hadir Penyerahan Lesen Perniagaan KL Prihatin
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa (kiri) beramah mesra bersama peniaga kecil pada Majlis Penyerahan Lesen Perniagaan KL Prihatin di Jalan Tengah Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 08 FEBRUARI 2021.
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Hadir Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad AL-Bakri (kiri) menyerahkan tabung Musa’adah Covid-19 kepada Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM, Hashim Salleh (kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-JWM dan Perlepasan Konvoi Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir JAKIM-YWM Ke Dungun Terengganu di Dataran Kompleks Islam Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 FEBRUARI 2021.
Suasana Lengang ‘Chinatown’ Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina
Para peniaga menjalankan perniagaan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Petaling Street, Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 07 FEBRUARI 2021.