Lensa MalaysiaGazette
LENSA MG | Suasana Awal Hari Mengundi #PRNJohor
Penduduk Orang Asli Seletar membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Sekolah Kebangsaan Sungai Danga, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 12 MAC 2022.
Persiapan Akhir SPR di Pusat-Pusat Mengundi #PRNJohor
Petugas SPR melakukan kerja-kerja persiapan menjelang hari pengundian esok sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Daerah Mengundi DUN Maharani di SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MAC 2022.
Wajah dan Jari Pengundian Awal #PRNJohor
Anggota polis beratur dalam keadaan cuaca hujan semasa hadir untuk membuang undi pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Foto AFFAN FAUZI, 08 MAC 2022.
LENSA MG | Suasana Pagi Proses Undi Awal #PRNJohor
Anggota polis menunjukkan jari yang berdakwat selepas selesai membuang undi pada hari mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Serbaguna Perumahan PDRM Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 08 MAC 2022.
Aktiviti Santai Anak Nelayan #DailyLife
Gelagat kanak-kanak nelayan orang asli riang dan bersahaja melakukan aktiviti bermandi-manda pada waktu petang di sekitar pelabuhan bot ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Felcra Sungai Layau, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 07 MAC 2022.
Pelukan Angkasa – Shila Amzah dan SOG Juara AJL36
Reaksi Shila Amzah dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) selepas dinobatkan sebagai Juara AJL36 pada malam Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Foto MALAYSIA GAZETTE, 06 MAC 2022.
Anwar Ibrahim Pada Peluncuran Aplikasi ADIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas membuat gimik pelancaran Peluncuran Aplikasi ADIL di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya. Foto MUHD NA'IM, 04 MAC 2022.
Masalah Tempat Letak Kereta Meruncing di Hospital Serdang
Orang awam terpaksa berjalan kaki selepas kenderaannya diletakkan di tepi jalan Hospital Serdang untuk membuat urusan pada waktu pagi berikutan tempat letak kereta yang terhad ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Serdang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 04 MAC 2022.
Bendera dan Poster Perikatan Nasional #PRNJohor
Jentera giat melakukan kerja-kerja memasang bendera Perikatan Nasional (PN) sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Paya Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2022.
Gelagat Calon Hari Pertama Duduki Peperiksaan #SPM2021
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bersedia untuk menjawab kertas soalan Bahasa Melayu pada hari pertama SPM 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 02 MAC 2022.

















