Lensa MalaysiaGazette
Pacak Bendera Parti #PRNJohor
Seorang lelaki meluangkan masa memancing berhampiran dengan deretan bendera Barisan Nasional ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2022.
PERANG Bendera Parti-Parti Politik #PRNJohor
Perang bendera di antara parti yang bertanding dapat menghangatkan lagi suasana walaupun baru memasuki minggu pertama kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2022.
Suasana dan Gelagat Calon Seawal Pagi di Pusat-Pusat Penamaan Calon #PRNJohor
Calon Barisan Nasional (BN) N.53 Benut, Datuk Hasni Mohammad diiringi Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir bagi menyerahkan borang pencalonan pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Rumah Umno Benut, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 26 FEBRUARI 2022.
Parti PEJUANG Umum Calon-Calon PRN Johor
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir bergambar kenangan dengan barisan calon Pejuang sempena Pilihan Raya Negeri Johor di Muar, Johor. Foto MALAYSIA GAZETTE, 24 FEBRUARI 2022.
NGO Berkumpul Bagi Mendengar Keputusan Kanak-kanak Diislamkan Kembali Kepada Ibu Kandung
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir ke perkarangan mahkamah bagi mendengar keputusan berhubung permohonan habeas corpus seorang ibu berbangsa Cina dan beragama Hindu, Loh Siew Hong yang terpisah dengan tiga anaknya yang telah diislamkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MALAYSIA GAZETTE, 21 FEBRUARI 2022.
Bahaya Menanti Pejalan Kaki Tak Guna Jejantas
Seorang pejalan kaki mengambil risiko melintas jalan semasa kenderaan banyak ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 FEBRUARI 2022.
Wajah-Wajah Anak Istimewa dan Warga Emas Ketika Tahun Baru Cina #DailyLife
Antara kanak-kanak istimewa yang menghuni di Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Insan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2022.
Ismail Sabri Mesra Bersama Warga Emas dan Anak-Anak Istimewa di Pusat...
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyantuni warga emas semasa membuat lawatan di Rumah Jubeli Perak King George V sempena perayaan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 FEBRUARI 2022.
Suasana Malam Sambutan Tahun Baru Cina 2022 #DailyLife
Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi kuil bagi menyaksikan serta merakam gambar keindahan lampu hiasan yang direka khas dengan pelbagai bentuk sempena perayaan Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuil Fo Guang Shan (FGS) Dong Zhen Tample, Jenjarom, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 JANUARI 2022.
Persediaan Warga Kota Menjelang Tahun Baru Cina 2022
Masyarakat Cina membeli barangan keperluan asas sebagai persiapan akhir menyambut perayaan Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di NSK Trade City BMC Mall, Cheras, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 JANUARI 2022.

















