Majlis pelancaran produk terbaharu OGAWA Maestro Powered by Overseer turut dihadiri dua atlet legenda negara iaitu bekas ratu skuasy, Datuk Nicol David dan jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang.

KUALA LUMPUR – OGAWA Malaysia, jenama kerusi urut terkemuka Asia mengambil peluang daripada kecerdasan buatan (AI) dalam usaha menggabungkan teknologi terkini itu bagi pemulihan prestasi dan kecergasan dalam menerokai kesihatan pintar di negara ini.

Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong berkata, inisiatif itu hadir ketika pengguna berdepan waktu bekerja yang lebih panjang, tahap tekanan lebih tinggi serta rutin senaman yang semakin mencabar.

Menurut beliau, bagi syarikat itu, perubahan teknologi itu menjadikan pemulihan individiu semakin setara kepentingannya dengan prestasi dan kecergasan sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan seharian.

“OGAWA melihat Biohacking sebagai satu pendekatan yang membolehkan individu memainkan peranan lebih aktif dalam memahami tubuh badan serta mengurus kesihatan diri, berbanding hanya mendapatkan pemulihan apabila mereka berasa terlalu letih.

“Pemulihan adalah sebahagian daripada prestasi kerana sekiranya kita mahu mencapai prestasi lebih baik esok, penggguna perlu mendapatkan pemulihan yang lebih baik hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia sempena majlis pelancaran produk terbaharunya, OGAWA Maestro Powered by Overseer yang menggabungkan teknologi urutan dengan AI Overseer dan teknologi graphene yang dihadiri dua atlet legenda negara iaitu bekas ratu skuasy, Datuk Nicol David dan jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang baru-baru ini.

Biohacking sebelum ini banyak dikaitkan dengan atlet elit dan peminat teknologi namun konsep itu kini mendapat perhatian lebih meluas apabila pengguna mencari kaedah praktikal untuk meningkatkan kualiti tidur, mengurus tekanan, memulihkan badan selepas aktiviti fizikal serta mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.

Boon Hong menambah, berbeza dengan kerusi urut konvensional yang bergantung terutamanya kepada program dan tahap intensiti yang telah ditetapkan, Maestro Powered by Overseer direka untuk memberikan pengalaman lebih peribadi berdasarkan keadaan fizikal dan keperluan pengguna.

Kata beliau, teknologi itu juga dicipta untuk membantu menyesuaikan pengalaman urutan mengikut keperluan individu, selaras dengan kepercayaan OGAWA bahawa kesihatan perlu lebih responsif terhadap pengguna.

Menurutnya, teknologi graphene pula yang merupakan satu lagi komponen utama menghasilkan sinaran inframerah jauh (FIR) sebagai sebahagian daripada pendekatan berorientasikan pemulihan.

Sementara itu, sempena, sambutan ulang tahun ke-30 di pasaran, OGAWA memperkenalkan konsep mendekati pengguna apabila menjalankan kempen Spend & Win bernilai RM300,000 sehingga 4 Oktober depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here