Lensa MalaysiaGazette
Ismail Sabri Tinjau Perhimpunan Sayap-Sayap UMNO #PAU2021
Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambaikan kepada perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Wanita sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2022.
Perasmian Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO #PAU2021
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Naib Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengibarkan bendera UMNO pada Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 16 MAC 2022.
Perhimpunan Agung UMNO 2021 #DailyLife
Antara perwakilan sayap Puteri UMNO yang hadir pada Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 16 MAC 2022.
Tahniah Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor Baharu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Foto IHSAN ROYAL PRESS OFFICE, 15 MAC 2022.
Onn Hafiz Selesai Upacara Angkat Sumpah Menteri Besar Johor ke-19
Ahli Dewan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi meninggalkan Istana Bukit Serene selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Johor Bahru. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 15 MAC 2022.
Kediaman Hasni, Istana Bukit Serene Jadi Tumpuan Media
Petugas media mula bertugas untuk meninjau keadaan Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor pada hari dipercayai Menteri Besar yang baharu mengangkat sumpah susulan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) di Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 15 MAC 2022.
Barisan Nasional Menang Besar, Kuasai 40 Kerusi DUN Johor
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama pemimpin lain meraikan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di BN Command Center, Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2022.
Pemimpin dan Penyokong BN Mula Rai Kemenangan #PRNJohor
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menjunjung tangan Ketua Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad sebagai tanda meraikan kemenangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di BN Command Center, Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2022.
Reaksi dan Jari-Jari Penentu #PRNJohor
Penduduk Orang Asli Seletar menunjukkan dakwat kekal pada jari selepas membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Sekolah Kebangsaan Sungai Danga, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 12 MAC 2022.
Muhyiddin, Syed Saddiq Selesai Membuang Undi #PRNJohor
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri, Noorainee Abdul Rahman (kanan) menunjukkan jari yang berdakwat selepas selesai membuang undi di pusat mengundi DUN Maharani pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di SMK Seri Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MAC 2022.

















