Sunday, August 23, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Suasana Masjid Penuh Ketika Malam Pertama Solat Tarawih #Endemik

Sebahagian jemaah menunaikan solat Tarawih pada malam pertama bulan Ramadan dalam keadaan tanpa penjarakan fizikal selepas negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 APRIL 2022.

LENSA MG | Hari Pertama Fasa Peralihan Ke ENDEMIK

Penumpang yang menggunakan perkhidmatan VTL pulang dari Singapura tiba di Larkin Sentral berikutan sempadan negara dibuka semula yang bermula pada hari ini 1 April 2022 susulan Malaysia kini peralihan fasa endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2022.

Suasana Solat Jumaat Rapat Saf Tanpa Penjarakan Fizikal #Endemik

Jemaah menunaikan solat Jumaat dalam keadaan tanpa penjarakan fizikal selepas negara memasuki Fasa Endemik bermula hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 01 APRIL 2022.

Hishammuddin Hussein Rasmi DSA dan NATSEC Asia 2022

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sambil diiringi Pengerusi DSA Exhibition & Conference Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin (kiri) dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain melakukan gimik perasmian Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2022.

Terima Kasih Abang Polis! #PDRM

Anggota polis trafik mengawal aliran trafik pada waktu kemuncuk di sekitar laluan utama ibu kota ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Hari Polis Ke-215 di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL,25 MAC 2022.

Pelanggan Degil Masih Merokok di Premis Makanan?

Pelanggan menghisap rokok di kedai makan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2022.

Perwakilan PAU2021 #DailyLife

Potret para perwakilan yang memakai pelbagai jenis tanjak ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2022.

Hari Terakhir Perhimpunan Agung UMNO #PAU2021

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengangkat tangan dengan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sambil diperhatikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2022.

Suasana Perasmian Perhimpunan Agung UMNO #PAU2021

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Upacara Menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 18 MAC 2022.

LENSA MG | Upacara Menaikkan Bendera UMNO “Sang Saka Bangsa”

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2022.