Lensa MalaysiaGazette
Orang Ramai Tonton Siaran Langsung Debat Perdana #NajibAnwar
Penduduk, Azlan Kasmani bersama keluarga melihat skrin televisyen yang memaparkan siaran langsung Program Debat Perdana antara Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 12 MEI 2022.
Najib Razak, Anwar Ibrahim di Belakang Pentas #DebatPerdana
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual bersama di belakang pentas sebelum Program Debat Perdana di antara Najib dan Anwar di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2022.
Suasana Awal Debat Perdana Najib dan Anwar
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir pada Program Debat Perdana di MaTiC, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 12 MEI 2022.
Najib Tinjau Lokasi Dewan Debat Perdana
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang sesuatu bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak semasa melawat lokasi pentas Debat Perdana yang akan berlangsung esok di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 MEI 2022.
Gaya Warga Asing Beraya di Ibu Kota #DailyLife
Warga asing tidak melepaskan peluang bersiar-siar sempena cuti umum perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 03 MEI 2022.
Kelonggaran SOP – ‘Bebas’ Tanpa Pelitup Muka, Imbasan MySejahtera
Orang awam yang keluar tanpa memakai pelitup muka selepas kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) dan tidak lagi diwajibkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2022.
Persiapan Minggu Akhir Sebelum Aidilfitri #DuaTahunTakRaya
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli belah pada minggu akhir ramadan bagi membuat persediaan sempena menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Bazar Malam Aidilfitri Senawang, Seremban. Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2022.
PM, Ahli Keluarga Beri Penghormatan Terakhir Buat Tan Sri Ali Hamsa
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menenangkan balu, Puan Sri Rohani Abdullah semasa hadir memberi penghormatan terakhir ketika menziarahi jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa sebelum dekebumikan hari ini di Presint 10, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 25 APRIL 2022.
KPDNHEP Pantau Harga Makanan di Bazar Ramadan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melihat harga makanan yang dijual semasa mengadakan Ops Pantau di Bazar Ramadan Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 05 APRIL 2022.
Bubur Lambuk di Hari Pertama Puasa
Kakitangan masjid mengagihkan bubur kepada orang ramai sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 03 APRIL 2022.

















