Lensa MalaysiaGazette
PM Walkabout di Hari Rekreasi Putrajaya 2022 dan Karnival Jom Heboh
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berama mesra bersama orang awam ketika melawat tapak pameran pada Hari Rekreasi Putrajaya 2022 dan Karnival Jom Heboh di Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 25 JUN 2022.
Reaksi Syed Saddiq Ketika Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke mahkamah pada hari pertama bagi perbicaraan kes yang dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Foto HAZROL ZAINAL, 21 JUN 2022.
LENSA MG | Pemergianmu “Adibah Noor” Ditangisi
Bapa, Mohamed Omar menyiram air di pusara Allahyarhamah Adibah Noor Mohd Noor atau dikenali Adibah Noor yang meninggal dunia akibat kanser ovari di rumah keluarga di Tanah Pekeburan Islam Taman Keramat, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 JUN 2022.
LENSA MG | Suasana Hari Pertama MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu
Orang awam tidak melepaskan peluang menaiki Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu yang diberi khas secara percuma selama sebulan selepas dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2022.
Ismail Sabri Rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu
Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak melepaskan peluang menaiki MRT pada Majlis Pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2022.
LENSA MG | Harimau Malaya Belasah Bangladesh 4 – 1, Layak...
Pemain Malaysia, Safawi Rasid meraikan gol pertama buat pasukan Harimau Malaya pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 ketika Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2022.
Penyokong Harimau Malaya Bersorak di Stadium #PialaAsia2023
Gelagat penyokong Harimau Malaya yang hadir untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Bangladesh pada kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2022.
Kuala Lumpur – Hujan Lebat #DailyLife
Orang awam meredah hujan lebat yang melanda ibu kota berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri-negeri terlibat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 JUN 2022.
Penyokong Harimau Malaya di Stadium #MASBRU
Gelagat penyokong Harimau Malaya yang hadir bagi menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia menentang Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 27 MEI 2022.
LENSA MG | Gelagat Najib, Anwar Ketika Sepentas Bersama #DebatPerdana
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bermesra dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sepentas bersama pada Program Debat Perdana, turut sama moderator debat, Hasnila Ar Kamaludin (tengah) di MaTiC, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 12 MEI 2022.

















