Sunday, August 23, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

PM Hadir Makan Malam Gabungan NGO Keluarga Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Gabungan NGO Keluarga Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd Ishak (empat kanan) bergambar kenangan dengan para penerima anugerah pada Majlis Makan Malam Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Keluarga Malaysia dan Pelancaran Anugerah NGO Malaysia 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 27 JULAI 2022.

Raja Permaisuri Agong Rasmi Pusat Susu Bonda Halimatussaadia di SASMEC @...

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat petugas, Siti Hawa Mohd Taib steril susu selepas merasmikan Pusat Susu Bonda Halimatussaadia di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah (SASMEC) @ IIUM Kuantan, Pahang. Foto FAREEZ FADZIL, 26 JULAI 2022.

YDP Agong Berkenan Rasmi Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diiringi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bergambar semasa hadir ke Majlis Perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah di UITM Puncak Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 JULAI 2022.

Kuala Lumpur – Fenomena ‘Supermoon’

Fenomena 'Super Moon' atau kedudukan bulan paling hampir ke bumi yang dirakam berlatarbelakangkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 JULAI 2022.

Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (tengah) menyaksikan Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing (kiri) menerima cenderahati daripada Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China merangkap Pengerusi Malaysia-China Business Council, Datuk Seri Tiong King Sing (kanan) pada Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Wisma Huazong, Serdang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 JULAI 2022.

LENSA MG | Banjir ‘Darah Lembu’ di Kuala Lumpur #Aidiladha

Beberapa etnik Rohingya melapah seekor lembu selepas dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan Malaysia Gazzete di Selayang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 10 JULAI 2022.

Peningkatan Kenderaan Di Lebuhraya – Hari Raya Aidiladha

Kenderaan menghala ke arah utara dilihat mulai banyak berikutan warga kota mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi sambutan perayaan Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hentian rehat dan rawat (R&R) jejantas Sungai Buloh, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 09 JULAI 2022.

Peserta Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barang Beri Keterangan di IPD Dang...

Pemimpin Pakatan Harapan, Izham Hashim (tengah) bersama 5 pemimpin parti politik yang menyertai Himpunan Barang Naik yang diadakan Masjid Jamek Kampung Baru menunjukkan notis panggilan siasatan selepas memberi keterangan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, Foto MUHD NA'IM, 04 JULAI 2022.

Minyak Masak Tulen Botol ‘Jadi Rebutan’ Sebelum Subsidi Dimansuhkan

Orang awam membeli minyak masak botol untuk kegunaan harian berikutan pemansuhan subsidi minyak masak tulen botol berkapasiti dua hingga lima kilogram (kg) yang bermula 1 Julai ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pasaraya Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 30 JUN 2022.

Ismail Sabri Serah Anugerah Kecemerlangan Usahawan 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar bergambar bersama penerima Anugerah Perdana Menteri serta yang lain di Anugerah Kecemerlangan Usahawan 2022 di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 JUN 2022.