Saturday, August 22, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Najib Razak di Istana Kehakiman

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada prosiding kes rayuan akhirnya berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 19 OGOS 2022.

Zahid Hamidi Pengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi menentukan parti baharu yang akan menyertai BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 OGOS 2022.

Penyokong #BebasBossku di Pekarangan Istana Kehakiman

Seorang penyokong memakai lilitan kepala yang tertera ‘Bebas Bossku’ sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan prosiding rayuan akhir bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 15 OGOS 2022.

Suasana dan Gelagat Pengunjung di Hari Terakhir Pameran MAHA 2022

Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barangan sempena pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2022) di MAEPS Serdang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 14 OGOS 2022.

Zahid Hamidi, Ismail Sabri Pada Perasmian Penutup Konvensyen Wanita BN

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diiringi Pengerusi Wanita Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional bergambar kenangan selepas Perasmian Penutup Konvensyen Wanita Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 14 OGOS 2022.

Mogok Kumpulan Rider ‘Food Delivery Blackout’

Penunggang e-hailing Grab Food berkumpul beramai-ramai dalam satu kempen mogok “Food Delivery Blackout” untuk menyerahkan memorandum tuntutan ketika di HQ Grab, Axis Business Campus, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2022.

Ahmad Zahid, Guan Eng Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke mahkamah bagi pembicaraan kes rasuah Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 05 OGOS 2022.

Gabungan Parti-Parti Gagasan Baharu, Tun Mahathir Mohamad

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali bergambar kenangan dengan (dari kiri) Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali, Presiden Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak, Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim dan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Program Solat Hajat dan Doa Selamat sempena gabungan parti-parti gagasan baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 03 OGOS 2022.

LENSA MG | Penghormatan Terakhir Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim

Urusan pengkebumian bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika di Makam Diraja Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2022.

Sambutan Hari Pahlawan – Persembahan Pantomim Sentuh Jiwa Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menitiskan air mata melihat persembahan pantomim yang menyentuh jiwa ketika berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2022, turut berangkat tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 31 JULAI 2022.