Lensa MalaysiaGazette
Plaza Tol Sg.Besi dan Plaza Tol Gombak Sesak Dengan Kenderaan
Anggota trafik mengawal aliran trafik dari ibu kota menghala ke Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan ekoran orang ramai yang masih berdegil melakukan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung halaman walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan oleh kerajaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 MEI 2020.
MalaysiaGazette dan NGO Serah Sumbangan Ramadan Kepada Golongan Memerlukan
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bersama Pengasas Halaman Nurani, Shahrul Nizam Kamal (kiri) menyerahkan sumbangan pada Majlis Serah Sumbangan kepada Asnaf dan Golongan yang memerlukan anjuran Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diKedai Abang Tukang Masak, Damansara Damai, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020
Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 #PKPB
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima buku titah Diraja yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 18 MEI 2020.
KECOH!!! Imigresen Kutip ‘Warga Asing Rohingya’ Naik Trak di Pasar Borong
Trak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membawa keluar pendatang asing tanpa izin dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan Taman Sri Murni di Selayang. foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2020.
Berbuka Puasa Tanpa Meja dan Kaki Lima
Pekerja, Nur Azeean Othman (kanan) dan Syazwanis Dahron (kiri) menikmati juadah berbuka puasa di bahu jalan bekerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 05 MEI 2020.
Lepas Gian Selepas PKP, Joging di Taman Tasik
Aktiviti seperti joging antara yang dibenarkan selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari pertama bagi mencegah penularan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2020
Pemandangan Malam ‘Light It Blue’ Untuk Frontliner di Kuala Lumpur dan...
Pemandangan Bangunan Perdana Putra semasa menyalakan lampu biru sebagai tanda sokongan terhadap kempen 'Light It Blue' atau 'Limpahan Lampu Biru 'yang diadakan bermula 30 April sehingga 3 Mei 2020 dari 10.30 malam hingga 1.00 pagi bagi menzahirkan tanda penghargaan dan solidariti kepada semua petugas barisan hadapan negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sekitar Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2020.
TENTERA Tinjau Dari Atas Bumbung Pergerakan Penghuni di PKPD
Anggota ATM membuat kawalan keselamatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Selayang Baru, Selangor. foto IQBAL BASRI, 30 APRIL 2020
Alam Flora Operasi Nyahcemar dan Nyahbau
Kakitangan Alam Flora menjalankan operasi Nyahcemar dan Nyahbau berikutan Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak Covid-19 di Pasar Harian Selayang, Selangor. foto IQBAL BASRI 30 APRIL 2020
Siti Nurhaliza, PTPTN, Farm Fresh Milk, Antara Pemberi ‘Sumbangan Covid-19’...
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerima sumbangan dari Pengerusi Yayasan Nurjiwa (YNJ), Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pada Majlis Penyampaian Sumbangan Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Menteri Kesihatan Malaysia Siri ke-5 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 APRIL 2020