Lensa MalaysiaGazette
Pembelian dan Persediaan Warga Kota #Lockdown
Gelagat orang awam yang membawa barang keperluannya menaiki motosikal berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang akan dilaksanakan mulai 25 Mei sehingga 7 Jun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pasaraya ST Rosyam, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 24 MEI 2021.
Jalan Raya Kuala Lumpur Bertukar Wajah Bendera Palestin
Ahli Pemuda Malaysia berarak menaiki kenderaan sambil membawa bendera Palestin menuju hadapan kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2021.
Polis Pantau Pergerakan Orang Ramai di Ibu Kota
Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Daerah Cheras melakukan rondaan bagi memantau pelaksanaan SOP ziarah Aidilfitri susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Alam Damai, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 15 MEI 2021.
Polis KL, Selangor Gempur Ziarah Aidilfitri Rumah ke Rumah
Anggota polis melalukan pemeriksaan sebuah rumah yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana melakukan ziarah Aidilfitri ketika mengadakan pemantauan SOP susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Kampung Kenanga, Rawang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 14 MEI 2021.
Norma Baharu Solat Aidilfitri dan Khutbah Dalam Tempoh PKP
Muhammad Hafiz Bahri membacakan khutbah selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama ahli keluarganya sempena Hari Raya Aidilifitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Delek, Klang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MEI 2021.
Rai Tradisi Hari Raya Aidilfitri #MalamRaya2021
Penduduk, Fadzlie Mohamad bermain bunga api berus periuk bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.
Warga Kota Berpusu-Pusu, Persiapan Saat Akhir Menjelang Aidilfitri
Antara barang persiapan Hari Raya Aidilfitri yang dibeli oleh orang awam pada saat akhir semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika di pasaraya ST Rosyam Mart, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.
Beli-Belah Aidilfitri Warga Kota Dalam Suasana PKP
Seorang pengunjung mencuba baju melayu sempena persiapan Aidilfitri biarpun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 MEI 2021.
PKP Fasa 3 – Peniaga Bazar Ramadan Tutup Khemah
Para peniaga mengemas barang perniagaan pada hari terakhir bazar ramadan yang beroperasi di Selangor selepas kerajaan tidak membenarkan beroperasi mulai esok berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Greenwood, Gombak, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 07 MEI 2021.
Pelajar UiTM, UIA Pulang ke Kampung Halaman Sambut Aidilfitri
Pelajar membawa bagasi pakaian ke dalam bas untuk pulang berhari raya menerusi Ops Pulang Aidilfitri di perkarangan bawah Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 07 MEI 2021.

















