Penduduk, Fadzlie Mohamad bermain bunga api berus periuk bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.

Menjelang satu Syawal di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah tentu terasa suram berikutan larangan rentas negeri yang dikuatkuasakan.

Perasaan rindu yang membuak-buak untuk pulang ke kampung halaman menyambut hari raya Aidilfitri juga sudah tidak dapat dibendung.

Namun bagi anak muda di Kuala Lumpur dan Selangor aktiviti malam hari dengan bermain bunga api berus periuk serta bunga api lain terasa meriah seperti tahun sudah kerana masih dikelilingi jiran tetangga dan rakan-rakan.

Walaupun permainan tersebut semakin dilupakan kebanyakan generasi muda masa kini namun bagi anak muda sekitar Lembah Klang masih mengekalkan tradisi dengan menyambut dengan seisi keluarga.

“Ketika mula-mula belajar bermain permainan tersebut, saya hanya menggunakan tali untuk mengikat berus periuk sehingga menyebabkan tangan saya melecet dan baju turut berlubang kerana terkena bara api.

“Bunga api ini merupakan permainan yang seronok ketika bersama-sama rakan selain dapat menghasilkan gambar yang cantik daripada percikan api tersebut,” katanya salah seorang pemain bunga api berus.

Bentuk percikan bunga api yang dihasilkan juga berbeza-beza mengikut kreativiti si pemain dan semestinya lebih seronok berbanding bermain bunga api biasa.

Kanak-kanak bermain bunga api bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga pada malam tujuh likur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Buaya, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.
Gelagat kanak-kanak menyaksikan percikan bunga api bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.
Kanak-kanak bermain bunga api bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.
Penduduk, Saeyah Kasbi, 71 (dua dari kiri) melihat cucunya bermain bunga api bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga pada malam tujuh likur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Buaya, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.
Kanak-kanak bermain bunga api bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga pada malam tujuh likur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Buaya, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.
Kanak-kanak merakam bunga api semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga pada malam tujuh likur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Buaya, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.
Kanak-kanak bermain bunga api bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.
Kanak-kanak bermain bunga api bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.
Kanak-kanak bermain bunga api bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.
Antara alatan untuk menghasilkan bunga api berus periuk ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Delek, Klang. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Ahmad Fauzan Shaugi Mohd Alim membakar bunga api berus periuk yang akan memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri mahupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Delek, Klang. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Ahmad Fauzan Shaugi Mohd Alim melakukan kerja-kerja membuat bunga api berus periuk yang akan memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri mahupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Delek, Klang. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Ahmad Fauzan Shaugi Mohd Alim bermain bunga api berus periuk bagi memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri mahupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Delek, Klang. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.

Penduduk, Ahmad Hashni Salleh, 46 (kanan) menghasilkan percikan bunga api menggunakan berus periuk halus dengan teknik putar bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga pada malam tujuh likur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Buaya, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.
Penduduk, Ahmad Hashni Salleh, 46 menghasilkan percikan bunga api menggunakan berus periuk halus dengan teknik putar bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada malam tujuh likur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Buaya, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.
Kanak-kanak bermain bunga api bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.
Penduduk, Aidan Hadif, 12, (kanan) dan Irfan Iskandar, 12, (kiri) membawa pelita untuk dipasang keliling rumah bagi memeriahkan lagi malam tujuh likur menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sungai Buaya, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.
Kanak-kanak bermain bunga api bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.