Lensa MalaysiaGazette
Lebuh Raya Persekutuan Sesak Sehingga 1.5KM
Permandangan udara semasa anggota Polis dan anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat pemeriksaaan dan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan Wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 APRIL 2020
Suasana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Sungai Lui
Sebahagian sut PPE yang digunakan Anggota Bomba dan Anggota Rescue Bencana Malaysia (RBM) ketika menjalankan kerja-kerja sanitasi berikutan terdapat 71 kes positif jangkitan Covid-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An- Nabawiyyah dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Jalan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. foto IQBAL BASRI, 31 MAC 2020
ATM, POLIS Tutup Segera Jalan Sungai Lui, Hulu Langat
Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PDRM) membuat penutupan jalan berikutan terdapat 71 kes positif jangkitan Covid-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An- Nabawiyyah dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. foto IQBAL BASRI, 30 MAC 2020
Bapa Tenang Layan Kerenah Anak-Anak ‘Perintah Kawalan Pergerakan’
Kakitangan swasta, Mohd Husin Abd Rahman mengisi waktu lapang dengan aktiviti basikal gaya bebas BMX selepas selesai melakukan kerja dari rumah pada hari ke sepuluh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 MAC 2020.
Hari ke 9 PKP, Lebuhraya Masih Sesak
Seorang Anggota Polis menahan pancaran matahari ketika membuat pemeriksaan keatas kenderaan pada sekatan jalan raya Ops Covid-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Lebuhraya Guthrie, Selangor. foto IQBAL BASRI, 26 MAC 2020
Daily Life – Flat Sri Selangor ‘Perintah Kawalan Pergerakan’
Gelagat seorang penduduk selepas memberi makanan kepada burung-burung merpati berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar Perumahan Awam Sri Selangor Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 MAC 2020
Abang Polis ‘OPS Covid19’
Gelagat seorang Anggota Polis yang sedang bertugas pada sekatan jalan raya Ops Covid-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Lebuhraya Guthrie Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 MAC 2020
Sikap Degil Sesetengah Masyarakat Punca Lebuhraya Guthrie Sesak
Permandangan udara menunjukkan kesesakan lalu lintas berikutan Anggota Polis menjalankan sekatan jalan raya Ops Covid-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Lebuhraya Guthrie menghala Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 MAC 2020
Pasar Pekan Sungai Besi Diinfeksi Wabak Covid-19
Kelihatan seorang kakitangan Alam Flora membuat pembersihan pada Ops Bersih dan Diinfeksi Wabak Covid-19 bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di pasar awam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 MAC 2020
DBKL ‘Cantas’ Orang Ramai Yang Langgar Arahan ‘PKP’
Anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis amaran kepada premis berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di sekitar Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 MAC 2020

















