Lensa MalaysiaGazette
Anwar Ibrahim, Wan Azizah di Kovensyen Reformis 2.0
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Kovensyen Reformis 2.0 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 24 NOVEMBER 2019.
Dr. Dzulkefly Ahmad Lancar Mammogram Percuma ETIQA Fasa 3
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerima cenderamata pada Program Mammogram Percuma ETIQA Fasa 3 di Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 23 NOVEMBER 2019.
Daily Life – Lorong Haji Taib
Kelihatan seorang pembekal ais batu melintasi kawasan peniaga yang sedang mempersiapkan gerai mereka untuk berniaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 23 NOVEMBER 2019
Daily Life #KL2019
Pengunjung tidak melepas peluang melihat pameran seni cahaya interaktif pertama di Malaysia (iNYALA) yang menampilkan instalasi seni ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di REXKL, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 23 NOVEMBER 2019.
PAS-UMNO Lancar Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta yang lain bergambar sambil mengangkat tangan pada Pelancaran Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor di KKC D Laman Cinta, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 NOVEMBER 2019
Reaksi Mahathir, Anwar pada Sidang Media Majlis Presiden PH
Reaksi Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kanan) bersama Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) semasa sidang media selepas pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 NOVEMBER 2019
Dr. Dzulkefly Ahmad Terima Warkah Suara Hati Anak Malaysia
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerima warkah suara hati anak Malaysia ketika gimik perasmian Majlis Anugerah Dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2019 di Hotel Marriot, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 22 NOVEMBER 2019.
Tun M Rasmi Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS)
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bergambar kenangan bersama pelajar pada Majlis Perasmian Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. foto IQBAL BASRI, 22 NOVEMBER 2019
TNB Serah Sumbangan Peralatan Sekolah kepada 750 Murid dan Pelajar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (tiga kiri) bersama Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie (kiri) dan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman (dua kiri) menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah kepada sebahagian daripada 750 murid dan pelajar sekolah pada Majlis Ceria Ke Sekolah Sesi Persekolahan 2020 di Ibu Pejabat TNB di Bangsar, Kuala Lumpur. foto MALAYSIA GAZETTE, 22 NOVEMBER 2019
LENSA MG | Aksi-Aksi Pasukan SMART di Ruang Udara
Anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sedang menjalani latihan pada Latihan Menyelamat Dari Udara bersama Unit Udara Bomba di Padang Universiti Selangor (UNISEL) Kuala Selangor, Selangor. foto IQBAL BASRI, 21 NOVEMBER 2019