Wednesday, August 19, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhaimin Marwan

Muhaimin Marwan

179 Artikel 0 Komen

Syed Saddiq di Mahkamah Putrajaya

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memeluk ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz hadir mendengar keputusan rayuan akhir untuk mengetepikan pembebasannya berkaitan kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 30 JUN 2026

Operasi LRT3 Laluan Shah Alam

Orang awam menggunakan perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam pada hari pertama operasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen Glenmarie 2, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 JUN 2026.

PM Lancar LRT3 Laluan Shah Alam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bergambar kenangan bersama gerabak selepas Peluncuran LRT3 Laluan Shah Alam di Stesen LRT Johan Setia. Foto MUHAIMIN MARWAN, 28 JUN 2026.

Perasmian Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa

Peserta membuat persembahan demonstrasi karate sebagai gimik perasmian yang disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Perasmian Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa Kali Ke-25 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 26 JUN 2026.

Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET dan SKBMW 2026

Penerima Anugerah Pelajar Terbaik STPM Kategori Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (Rabun), Saw Xin En bergambar bersama ibu bapanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET dan SKBMW tahun 2025 di Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 18 JUN 2026.

Muhyiddin Yassin di Mesyuarat MPT Bersatu

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai ke arah penyokongnya ketika hadir pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 JUN 2026.

Warga Rohingya Pacak Khemah

Deretan khemah sementara dipercayai milik warga Rohingya dan warga asing di bahu jalan mencacatkan laluan berhampiran pejabat UNHCR sekaligus menimbulkan kebimbangan orang ramai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 JUN 2026.

Anwar Merasmikan Sambutan Hari TVET Negara 2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat pameran selepas Perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 06 JUN 2026.

Pencakar Langit #KualaLumpur #Senja

Panorama pencakar langit ibu kota Kuala Lumpur termasuk Menara Berkembar Petronas, Merdeka 118, The Exchange 106, dan Menara Kuala Lumpur di bawah langit senja sebelum matahari terbenam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Selangor. Foto: MUHAIMIN MARWAN, 26 MEI 2026.

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor

Pekerja membuat pemeriksaan teknikal pada sebuah kenderaan selepas Pelancaran Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) bagi urusan tukar hak milik kenderaan persendirian di Carro, Kajang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 26 MEI 2026.