Thursday, December 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Wan Mohamad Nabil Wan Nasir

Wan Mohamad Nabil Wan Nasir

89 Artikel 0 Komen

Barisan Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu bergambar bersama Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional yang baharu pada hari terakhir Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2023 di Wyndham Acmar, Klang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 24 DISEMBER 2023.

Dr Dzulkefly Ahmad Hadir Sidang Media Khas Status Covid-19

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hadir pada Sidang media khas mengenai status Covid-19 diiringi Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang (kiri) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan di KKM, Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 18 DISEMBER 2023.

Mohamad Sabu Lawatan Kerja Ke Kelab Kebun Rumah Pangsa

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu membuat simbolik menuai dan membanting padi ketika lawatan kerja sempena Program Lestari Alam Sekitar di Kebun Komuniti Rumah Pangsa AU2 di Taman Keramat, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 18 DISEMBER 2023.

Himpunan Malaysia Bangkit Tolak Kuasa Veto AS

Peserta membawa sepanduk mengutuk kekejaman Zionis pada perhimpunan Malaysia Bangkit Tolak Kuasa Veto Amerika Syarikat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 15 DISEMBER 2023.

Khaled Nordin Mula Tugas Menteri Pertahanan Malaysia

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memeriksa perbarisan Kawalan Kehormat Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada hari pertama memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur . Foto WAN NABIL NASIR, 15 DISEMBER 2023.

Johari Ghani Mula Tugas Sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) diiringi timbalannya, Datuk Chan Foong Chin disambut kakitangan kementerian pada hari pertama mula tugas di Pejabat Kementerian Perladangan dan Komoditi, Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 13 DISEMBER 2023.

Aksi Perlawanan JDT vs Terengganu FC 3 – 1 #FinalPialaMalaysia2023

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman membuat percubaan ketika menentang Terengganu FC pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 08 DISEMBER 2023.

JDT Juara Piala Malaysia 2023

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang piala selepas menewaskan Terengganu FC yang berkesudahan 3- 1 pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 08 DISEMBER 2023.

Penyokong Terengganu FC dan JDT di Stadium #PialaMalaysia2023

Gelagat penyokong Terengganu FC yang hadir bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC ketika tinjauan Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 08 DISEMBER 2023.

Polis Kawal Ketat Sekitar Kawasan Apartment Damai

Anggota polis mengawal sekitar kawasan Apartment Idaman malam tadi berikutan kes kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, diklasifikasikan semula sebagai bunuh selepas bedah siasat menemui kesan kecederaan pada badan mangsa di Damansara Damai, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 08 DISEMBER 2023.