Rosnani Nasir
Pengasas Dan Pengerusi KK Mart Dilepas Dan Dibebas #MGFlash
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Pemancing Hilang Ditemukan Selamat #MGFlash
Seorang pemancing yang dilaporkan hilang di perairan muara Sebuyau, Samarahan, Sarawak sejak Jumaat lalu ditemui selamat.
Bekas Pengarah Syarikat Salah Guna Wang RM96,780 #MGFlash
Seorang bekas pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas empat pertuduhan menyalahgunakan wang syarikat berjumlah RM96,780, 10 tahun lalu.
Hamas Tarik Diri Daripada Rundingan Gencatan Senjata #MGFlash
Hamas membuat keputusan menarik diri daripada rundingan gencatan senjata di Gaza, sehari selepas serangan udara rejim pengganas Zionis ke atas kem pelarian Al Mawasi yang meragut hampir 100 nyawa dan mencederakan lebih 300 yang lain.
Lelaki Rosakkan Kereta Wanita Dicari #MGFlash
Perbuatan seorang lelaki bertindak khianat dengan mematahkan pengelap cermin, cermin sisi dan cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Dataran Sentral 2, bersebelahan Seremban Gateway, Negeri Sembilan berjaya dirakam kamera papan pemuka.
Trump Seru Rakyat AS Bersatu Hati #MGFlash
Sehari selepas terselamat dari cubaan membunuh, bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad menyeru rakyat negara itu untuk bersatu padu.
22,414 Naskah Dan Bahan Al-Quran Dirampas #MGFlash
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 22,414 naskhah dan bahan al-Quran tanpa kelulusan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan rampasan bernilai lebih RM3.2 juta.
SOP Penggunaan Senjata Anggota Rela #MGFlash
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengubah semula sistem penggunaan senjata api bagi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
AMK Tiada Masalah Dengan Pemuda UMNO #MGFlash
AMK menafikan dakwaan wujudnya masalah dalaman dengan Pemuda UMNO. Ketuanya, Adam Adli menjelaskan perbezaan pandangan dalam politik adalah suatu lumrah.