Sadiq Sani
Zahid Hadir Pengerusikan Mesyuarat MKT UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, turut sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Menara Dato' Onn, WTCKL. Foto SADIQ SANI, 30 APRIL 2025
Persidangan Anti-Rasuah Asia Tenggara #SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki (duduk, tengah) Presiden SEA Actions, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, Drs Setyo Budianto bergambar bersama wakil-wakil persidangan pada Persidangan Anti-Rasuah Asia Tenggara di PICC. Foto SADIQ SANI, 29 APRIL 2025
Demokrasi Beradat Pemilihan Tok Batin Bukit Lanjan
Selepas memenangi undian, Atak Akop perlu melakukan upacara mandi bunga yang bertujuan untuk membuang bala pada Hari Pemilihan Tok Batin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Damansara, Selangor. Foto SADIQ SANI, 27 APRIL 2025.
Pendengaran Rayuan Penyanyi Lagu ‘Mimpi Laila’
Penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman diiring pegawai penjara bagi pendengaran rayuan sabitan dan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah ketika di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 28 APRIL 2025.
Bendera China dan Malaysia
Dataran Putra dihiasi dengan bendera China dan Malaysia sempena menyambut lawatan rasmi Presiden Republik China, Xi Jinping ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 14 APRIL 2025
Gotong Royong Pembersihan Lokasi Letupan Paip Gas
Sukarelawan melakukan kerja-kerja pembersihan kediaman yang musnah berikutan insiden letupan paip gas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya. Foto SADIQ SANI, 12 APRIL 2025.
Suasana Waktu Malam Kerja Pengorekan Paip #PutraHeights
Petugas melakukan aktiviti pengorekan sepanjang 24 jam bagi mempercepatkan siasatan dan proses menstabilkan tanah pada hari kesembilan insiden kebakaran saluran paip gas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putra Heights, Subang Jaya. Foto SADIQ SANI, 09 APRIL 2025
Anak-Anak Mangsa Kebakaran Gembira Ke Sekolah
Anak-anak mangsa insiden letupan paip gas keluar untuk menghadiri sesi persekolahan dengan menaiki van di Pusat Pemindahan Sementara, Masjid Putra Heights, Subang Jaya. Foto SADIQ SANI, 07 APRIL 2025
Sultan Ibrahim Tinjau Lokasi Insiden Kebakaran Paip Gas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melawat tapak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay di Subang Jaya. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 05 APRIL 2025.
Kampung Kuala Sungai Baru Musnah Umpama Medan Perang
Situasi terkini kediaman-kediaman yang musnah umpama medan perang ekoran kebakaran paip gas Putra Heights ketika tinjuan lensa MalaysiaGazette di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya. Foto SADIQ SANI, 03 APRIL 2025