Sadiq Sani
Keluarga Serah Bukti Rakaman Audio di Bukit Aman
Salah seorang ahli keluarga mangsa tiga lelaki ditembak polis di Durian Tunggal Melaka menunjukkan pita rakaman audio yang akan diserahkan kepada pihak berkuasa ketika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 06 DISEMBER 2025
Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki serta yang lain merasmikan Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di PICC, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 05 DISEMBER 2025
Projek Pembangunan Semula Kg Sungai Baru
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa bersama Pengarah KLGC, Abdul Hadi Ahmad melihat unit paparan rumah selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 30 NOVEMBER 2025
Shamsul Iskandar, Albert Tei Kena Reman #SPRM
Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin diiring pegawai SPRM untuk permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah di Mahkamah Majistret Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 29 NOVEMBER 2025
Ops Gempur Imigresen di Cameron Highland
Sebahagian warga asing yang ditahan pada Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia di Kampung Raja, Cameron Highland, Pahang. Foto SADIQ SANI, 20 NOVEMBER 2025.
Malaysia Gazette Rangkul 3 Anugerah KPKT
Finalis dari MalaysiaGazette yang memenangi beberapa anugerah kategori foto dan video bergambar pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Media (AkeMedia) Tahun 2025 KPKT di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 17 NOVEMBER 2025.
Inspektor Sheila Tangan Bergari Ke Mahkamah
Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon diiring anggota Polis tiba bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan mengganggu tugas penjawat awam ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 12 NOVEMBER 2025
PM Hadir Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta yang lain hadir pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga JPM bagi Bulan November di Puspanitapuri, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 12 NOVEMBER 2025
Pemimpin Tertinggi GISBH Bebas Selepas Dipenjara
Rindu... Reaksi pemimpin tertinggi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Sdn Bhd memeluk ahli keluarga sebaik dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 15 bulan atas kesalahan menjadi anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang di Kompleks Penjara Kajang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 07 NOVEMBER 2025
Fenomena Supermoon Terangi Langit
Kapal terbang membuat penerbangan melintasi fenomena 'Supermoon' jelas kelihatan menerangi langit ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Federal, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 NOVEMBER 2025

















